suria

Penyatuan persatuan sukan tidak akan lenyap persatuan mengikut kaum

KEMAMAN: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata cadangan beliau agar persatuan sukan mengikut kaum disatukan berdasarkan semangat 1Malaysia bukan bertujuan untuk melenyapkan persatuan terbabit.

Beliau berkata persatuan sukan tidak perlu membubarkan persatuan masingmasing sebaliknya bergabung untuk menyusun strategi dalam memajukan sukan di Malaysia.

"Kemajuan sukan perlu melangkaui batasbatas kaum dan agama. Jadi cadangan saya ialah supaya persatuanpersatuan yang berasaskan pada kaum ini berfikir dan seterusnya kalau boleh dapat disatukan atau digabungkan.

"Bukan maknanya melenyapkan diri mereka, tetapi bergabung untuk samasama mencari jalan bagi kebaikan dan kemajuan sukan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Nur Hidayah di sini, hari ini.

Cadangan penyatuan persatuan mengikut jenis sukan itu mengundang pelbagai reaksi daripada persatuan sukan yang membangkitkan tentang kemampuan sesuatu kaum membangunkan jenis sukan tertentu.

Katanya, tidak dinafikan terdapat persatuan berasaskan kaum sebelum ini yang melahirkan atlet berjaya, namun bidang sukan pada masa ini semakin berkembang dan berubah.

Justeru katanya, jika sesuatu persatuan itu hanya menumpukan terhadap kumpulan tertentu sahaja, perkembangan sukan di negara ini tetap akan berada di takuk lama.

Ditanya sama ada kementeriannya akan mengadakan pertemuan dengan persatuan-persatuan sukan bagi membincangkan perkara itu, Ahmad Shabery berkata, ia akan dilakukan dari semasa ke semasa.

"Namun ini bukanlah satu isu yang terlalu serius untuk kita utamakan. Yang serius bagi kita ialah bagaimana untuk memajukan bidangbidang sukan yang dianggap ketinggalan serta bidang sukan yang sepatutnya (mencapai keputusan) baik tetapi tidak menunjukkan kemajuan. Ini yang perlu ditumpukan," katanya.

Katanya, tumpuan perlu diberikan kepada usaha melahirkan atlet yang mampu memberikan pingat khususnya dalam kejohanan Olimpik pada masa akan datang. BERNAMA

Artikel Lain