suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesilat perlu bukti kemampuan di Hanoi sebelum ke Laos

KUALA LUMPUR: Hanya pesilat yang menyerlah pada Kejohanan Dalam Dewan di Hanoi, Vietnam pada Oktober ini yang akan dipertimbangkan untuk mewakili negara ke Sukan Sea di Laos, Disember depan.

Pengurus pasukan skuad silat negara, Osman Nok berkata pihaknya telah menyenarai beberapa nama pesilat yang berpotensi untuk mengalas cabaran di Laos namun senarai akhir hanya dapat dibuat selepas tamatnya kejohanan di Hanoi.

"Diharap semua pesilat menggunakan sebaik mungkin peluang ini bagi membuktikan kemampuan sebenar mereka jika ingin beraksi di Temasya Sukan SEA, Laos," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Osman berkata keputusan tersebut dibuat bagi memastikan bahawa hanya pesilat yang terbaik dan berpotensi untuk meraih pingat sahaja yang dipilih.

Beliau yang juga penyelaras Persekutan Silat Malaysia (PESAKA) berkata seramai 12 pesilat bakal dipilih untuk mewakili negara.

"Sehingga kini, kita telah mencalonkan tiga nama untuk acara silat seni iaitu Suzi Sulaiman bagi acara Tunggal Puteri dan gandingan Mohd Hafiz Mohd HarisMohd Helmi Aziz dalam acara Ganda Putra," katanya.

Osman berkata sembilan pesilat yang akan mengambil bahagian dalam acara silat olahraga masih belum ditetapkan.

Menurutnya walaupun sasaran pingat masih belum ditetapkan beliau yakin pada temasya edisi kali ini skuad silat negara mampu membawa pulang sejumlah pingat yang lebih besar berbanding di Korat, Thailand dua tahun lepas.

Pada Sukan SEA Korat, skuad silat negara sekadar membawa pulang satu pingat perak dan lima gangsa.

Beliau berkata pesilat negara kini sedang giat menjalani latihan pada sebelah malam walaupun berada di dalam bulan puasa. BERNAMA

Artikel Lain