suria

Dasar Sukan Negara bakal menggunakan modul Amerika

KEMAMAN: Dasar Sukan Negara (DSN) yang baru akan dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet 8 Sept ini bagi membolehkan modul sukan negara yang selama ini banyak bergantung kepada kerajaan berubah menjadi satu industri yang menjana pendapatan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan perubahan itu antara langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengemaskinikan Dasar Sukan Negara dalam usaha meningkatkan pencapaian atlet dan sukan di negara ini.

"Antara perkara yang akan dikemaskinikan ialah tentang tuntutan semasa bagi memenuhi keperluan sukan dalam konteks ganerasi baru yang selama ini kita lebih tumpukan bagaimana mewujudkan infrastruktur dan budaya sukan di kalangan masyarakat dan juga untuk memperoleh pencapaian tertinggi dari segi pencapaian pingat.

"Tetapi kita tidak pernah bincang peranan sukan sebagai sebagai industri, bagaimana ia boleh melahirkan peluang pekerjaan, memberi pendapatan dan penglibatan sektor swasta dalam sukan kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersamasama penduduk di Majis Kemasik di sini semalam.

Beliau berkata di Amerika Syarikat, walaupun tanpa bantuan dan campur tangan kerajaan, industri sukan di negara itu mampu memberikan pendapatan sebanyak AS1 trilion setahun dan pendapatan jualan tiket sebanyak AS300 juta setahun.

Keadaan itu disebabkan semua pihak di negara tersebut melihat sektor sukan sebagai satu industri yang mampu menjana pendapatan menyebabkan pihak yang terlibat berusaha keras untuk melahirkan atletatlet dan pasukan yang kuat.

"Manchester United sendiri disenarai dalam Bursa Saham London dan mereka bukannya kuat kerana kerajaan tolong dan perkara inilah yang akan kita rasakan perlu dijadikan contoh.

"Perubahan perlu dilakukan sama ada segalanya bergantung kepada kerajaan ataupun melihat ia sebagai industri yang boleh beri keuntungan dan peluang pekerjaan kepada rakyat," kata Ahmad Shabery. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS

Artikel Lain