suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KOAM ubah fikiran, minta Shahidan tarik diri

KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) hari ini mengubah pendirian apabila meminta Presidennya Datuk Seri Shahidan Kassim agar tidak bertanding jawatan presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Timbalan Presiden KOAM Karim Ibrahim berkata keputusan itu dibuat hasil mesyuarat Lembaga Pengarah KOAM pada Sabtu lepas.

"KOAM kini bimbang Shahidan tidak dapat memberi tumpuan kepada KOAM apabila memegang jawatan sebagai Presiden MOM walaupun pada awalnya KOAM sendiri yang mencalonkan Shahidan.

"KOAM bukan berniat ingin menyekat hasrat beliau untuk bertanding tetapi KOAM lebih memerlukan beliau daripada MOM," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Karim berkata KOAM bagaimanapun akan memberikan sokongan kepada Shahidan sekiranya beliau tetap mahu bertanding.

Karim berkata walaupun KOAM sedar Shahidan mendapat sokongan daripada beberapa persatuan sukan kebangsaan yang lain untuk bertanding, KOAM tetap mahukan Shahidan memberi tumpuan kepada kesatuan itu.

Katanya keputusan meminta Shahidan menarik diri juga dibuat bagi menjalin hubungan yang lebih positif antara KOAM dan MOM.

KOAM pada Rabu lepas mencalonkan Shahidan untuk merebut jawatan presiden MOM yang ketika ini disandang oleh Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar.

Shahidan, yang juga Presiden Persatuan Kabaddi Malaysia, Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis dan Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) pernah dicalonkan untuk menentang Tunku Imran pada pemilihan MOM yang lepas pada Mei 2007 tetapi menarik diri beberapa minggu sebelum pemilihan.

Pada pemilihan itu, beliau dicalonkan oleh Persatuan Kriket Malaysia. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain