suria

Takraw Dunia: Thailand ungguli acara beregu lelaki, wanita

KUALA TERENGGANU: Thailand menepati ramalan apabila menjuarai kategori lelaki dan wanita acara beregu pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Malaysia edisi ketiga di Stadium Negeri di sini hari ini.

Pada perlawanan akhir bagi kedua-dua kategori berkenaan, skuad lelaki dan wanita Thailand menundukkan pasukan Vietnam, masing-masing dengan kemenangan 2-0.

Kategori tersebut pertama kali diperkenalkan dalam kejohanan berprestij itu, tahun ini.

Bagi kategori lelaki, Thailand yang dibarisi Rawat Pabehompoo dan Supachai Maneenat menewaskan gandingan Tran Quang KhaiLe Tien Dung dengan 21-12, 21-14 dalam masa 35 minit.

Di peringkat separuh akhir pagi ini, pasangan Thailand itu mengetepikan cabaran pasukan Malaysia B yang diwakili Mohd Shaikullah Md NoorMohd Shafiq Abdul Rahman 21-19, 21-18 manakala pasukan Vietnam mengalahkan gandingan Indonesia 22-20, 21-15. Tempat ketiga milik bersama pasukan Malaysia B dan Indonesia setelah masingmasing tewas di peringkat separuh akhir.

Bagi kategori wanita, Tidawan DaosakulPikun Seedam dari Thailand menang ke atas pasangan Vietnam, Luu Thi Kim ThuyNguyen Thi Dien Neu 21-13, 21-17 untuk muncul juara.

Pasukan Malaysia C dan India menduduki tempat ketiga bersama dalam kategori berkenaan.

Sementara itu, Malaysia D muncul juara dalam kategori divisyen dua acara beregu lelaki apabila mengalahkan Brunei 2-1.

Malaysia D yang menurunkan Mohd Subha Mohd LatipMohd Haminuddin Mohd Najib bangkit daripada kekalahan pada set pertama untuk menewaskan Ismail AngAzri Tahir 18-21, 21-15, 17-16.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain