suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perlis, Selangor terus hangatkan pesada Liga Super

KUALA LUMPUR: Selangor melonggarkan cengkaman Perlis di persada liga apabila hanya satu mata memisahkan mereka selepas mencipta kemenangan pada perlawanan Liga Super malam tadi.

Perlis kekal di tangga teratas dengan mengumpul 38 mata selepas 16 perlawanan manakala Selangor mampu mengugat kedudukan pasukan Singa Utara itu dengan ketinggalan satu mata.

Di Stadium Nasional, Bukit Jalil, jaringan pemain tengah Zuraindey Jumai pada minit ke-40 membantu Perlis menewaskan Kelantan 2-1.

Perlis memulakan saingan dengan membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi K. Sholey tetapi Kelantan, naib juara Piala FA musim ini, berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerangnya Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-18.

Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, juara Piala FA Selangor juga menang tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang di mana gol tunggal dijaringkan penyerang sensasinya Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-56.

Sementara itu, dalam tiga perlawanan lain, Pahang menundukkan Negeri Sembilan 1-0, Polis dan KL Plus seri 1-1, dan UPB MyTeam menang 2-1 ke atas pasukan Kuala Muda NAZA. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain