suria

Qatar, Indonesia destinasi perlawanan persahabatan skuad B23 Malaysia

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal mengadakan beberapa perlawanan persahabatan peringkat antarabangsa sebagai pengganti kepada pembatalan kejohanan bawah 23 tahun, Piala Inter Continental di sini dari 1 hingga 14 Jun berikutan ancaman Infuenza A(H1N1).

Setiausaha Kehormat FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata FAM sedang berbincang dengan pihak Qatar dan Indonesia untuk mengadakan perlawanan persahabatan itu.

"Walaupun dibatalkan Kejohanan Piala Inter Continental ini, FAM telah mempunyai perancangan rapi untuk memberi seberapa banyak pendedahan kepada pemainpemain muda kepada corak permainan peringkat antarabangsa," katanya.

Perlawanan ini merupakan perlawanan tambahan kepada perlawanan menentang pasukan kelab Singapura, Singapore Lions, yang akan diadakan pada 21 Mei di republik itu.

Ia akan diikuti dengan perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Indonesia sementara di Qatar akan diadakan tiga perlawanan menentang pasukan kebangsaannya dan dua pasukan kelab di negara Arab itu, katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman tempat jualan tiket untuk 'Manchester United's Asia Tour' di sini, hari ini.

Semalam, FAM mengumumkan pembatalan kejohanan Piala Inter Continental yang bakat disertai pasukanpasukan kuasa bolasepak dunia seperti Brazil, Mexico, Turki dan Korea Selatan. BERNAMA

Artikel Berikut

BAM sedia bantu Laos

Artikel Lain