suria

New Zealand tewaskan Pakistan 3-2

IPOH: New Zealand memulakan kempen memburu gelaran Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2009 dengan langkah kanan apabila menewaskan Pakistan 3-2 di Stadium Azlan Shah, di sini, semalam.

New Zealand, yang menduduki ranking ketujuh dunia, membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi Priyesh Bhana sebelum Pakistan membalas gol penyamaan dua minit kemudian menerusi pukulan sudut penalti oleh Muhamed Imran.

Selepas mengalami kekalahan di tangan Malaysia 32 semalam, Pakistan cuba menebus kekecewaan tersebut dengan Muhamed Imran sekali lagi menewaskan penjaga gol New Zealand, Kyle Pontifex, dengan menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-22.

Ketinggalan 12 pada separuh masa pertama, New Zealand memulakan babak kedua dengan mengatur serangan bertali arus untuk membuka beberapa peluang gol.

Hasil permainan agresif membuahkan hasil kepada New Zealand apabila Nicholas Haig menyamakan kedudukan menerusi pukulan kemas yang melampaui jangkauan penjaga gol Pakistan, Nasir Ahmad pada minit ke-43.

New Zealand menyingkirkan peluang Pakistan untuk merebut tempat ke final dengan gol kemenangan diperoleh menerusi Dean Couzins pada minit ke-68, hasil kesilapan pertahanan Pakistan.

Jurulatih Pakistan, Shahili Ali Khan, menyifatkan persembahan yang ditunjukkan anak buahnya itu amat mengecewakan dan menutup harapan pasukan itu untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan kali ini.

"Kami menjangka keputusan yang lebih baik hari ini...permainan pada separuh masa kedua amat mengecewakan dan kesemuanya tidak baik hari ini.

"Walaupun masih mencatur kombinasi terbaik bagi menghadapi Kejohanan Piala Asia nanti tetapi persembahan pemain agak merisaukan ketika ini," katanya.

Pada kejohanan tahun lepas, Pakistan telah membenam New Zealand 63 dan berjaya menduduki tangga ketiga keseluruhan selepas Argentina dan India.

Sementara itu, jurulatih New Zealand, Shane McLeod berharap pasukan itu dapat mengekalkan rentak permainan dalam semua perlawanan sepanjang kejohanan itu.

"Kami cuba bertahan pada separuh masa pertama bagi mendapatkan kombinasi yang baik sebelum menukar corak permainan pada separuh kedua," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain