suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liga hoki antara kawasan Parlimen mulai Julai

IPOH: Persatuan Hoki Pemain-pemain Kebangsaan (NHPA) akan menganjurkan liga hoki antara kawasan Parlimen mulai Julai ini melibatkan 222 pasukan dalam usaha mencungkil bakat baru di peringkat akar umbi, kata Presiden NHPA Mohamed Abdul Hadi.

Setiap pasukan disyaratkan menyenarai 22 pemain terdiri 16 pemain bawah umur 16 tahun dan enam pemain lain, termasuk bekas pemain kebangsaan atau pemain negeri.

Beliau berkata setiap pasukan dikehendaki menyediakan lima jurulatih terdiri seorang ketua jurulatih, jurulatih penjaga gol, jurulatih pertahanan, jurulatih serangan dan jurulatih pemain tengah, selain mempunyai seorang pengurus pasukan dan penolong pengurus pasukan serta seorang pakar fisioterapi.

"Liga ini membolehkan penggiat dan pemain di setiap kawasan parlimen bersama-sama menggembeleng tenaga dalam membentuk sebuah pasukan yang mantap dan menjadi ruang pemilihan pemain baru untuk mewakili negeri atau negara," kata Mohamed.

Persatuan itu juga akan memberikan kursus kepada semua bakal pengurus pasukan yang mendaftar melalui laman web NHPA di www.pemainhokinegara.com.my bagi memastikan mereka memahami tugasan dalam membentuk dan menjaga pasukan. BERNAMA

Artikel Lain