suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trofi rekaan baru untuk perlumbaan F1 Malaysia

PETALING JAYA: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan memperkenalkan trofi baru rekaan Tumasek Pewter bagi pemenang perlumbaan edisi ke-11 Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia dari 3 hingga 5 April ini.

SIC akan membuat promosi perlumbaan tahun ini dengan lembaran baru iaitu menggabungkan perlumbaan dan hiburan dengan tujuan mendekatkan lagi peminat dengan pelumba dan keluarga F1.

Buat permulaan kepada perubahan imej baru, SIC akan memperkenalkan trofi kejuaraan rekaan baru yang dihasilkan oleh syarikat baru, Tumasek Pewter, kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC Razlan Razali dalam ucapannya semasa memperkenalkan trofi itu di sebuah kompleks membelibelah di sini hari ini.

Katanya Tumasek Petwer diberi tugas mereka trofi kejuaraan selepas Selangor Pewter menghasilkan trofi F1 sejak 10 tahun lepas.

Katanya trofi bagi tiga pelumba terbaik serta trofi bagi kategori pengeluar kereta rekaan Tumasek Pewter itu telah mendapat kelulusan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA). BERNAMA

Artikel Lain