suria

Pasukan pilihan dunia tewaskan pasukan boling Malaysia

PETALING JAYA: Pasukan Pilihan Dunia (ROW) menewaskan pasukan boling Malaysia 32 pada Piala Canon 2009 yang berlangsung di Pyramid Megalanes, Bandar Sunway hari ini.

Pasukan yang menang menerima hadiah wang tunai RM30,000 sementara pasukan Malaysia sebagai naib johan memperoleh RM15,000.

Piala Canon ialah sebahagian daripada Kejohanan Terbuka Boling Antarabangsa Canon Malaysia.

Pasukan ROW terdiri daripada juara Terbuka Wanita Malaysia Carolyn Ballard dan Cassidy Schaub dari Amerika Syarikat, Geraldine Ng (Singapura), Wu Siu Hong (Hong Kong) dan Surasak Manuwong (Thailand).

Sementara pasukan Malaysia terdiri daripada Daniel Lim, Kang Bo Long, Zulmazran Zulkifli, Shalin Zulkifli dan Sharon Koh.

Pemilihan untuk kedua-dua pasukan tiga lelaki dan dua wanita berdasarkan pada kedudukan penamat pada akhir Terbuka Masters Antarabangsa Canon ke-32.

"Sungguhpun mereka tewas dengan pasukan ROW, pemain Malaysia menunjukkan prestasi baik. Sebagai contoh, Sharon...walaupun beliau tewas kepada Carolyn, pemain boling profesional itu bermain agak baik di sepanjang kejohanan. Beliau telah mengalahkan Wendy Macpherson, seorang pemain profesional utama pada suku akhir.

"Melihat pada kejohanan ini, saya sangat gembira kerana mereka mampu bertanding dengan bersungguhsungguh. Saya percaya jika kita ada latihan pusat, pencapaian mereka akan meningkat," kata jurulatih kebangsaan Halloway Cheah ketika ditemui di arena boling hari ini.

Beliau menambah bahawa dengan program yang sistematik, beberapa pemain boling yang berbakat boleh beraksi di sebarang kejohanan antarabangsa.

Kejohanan tersebut menawarkan keseluruhan hadiah wang sebanyak RM45,000 dan dibahagikan dalam tiga kategori.

Jika satu pasukan memperoleh 50, sedikit hadiah berjumlah RM40,000 diberikan kepada juara sementara naib juara ialah RM5,000.

Bagi kemenangan 41, hadiah sebanyak RM35,000 untuk juara pasukan dan naib johan mendapat RM10,000 sementara pungutan 32, hadiah ialah RM30,000 bagi juara pasukan dan RM15,000 untuk naib juara.

Pada permainan pembukaan, Daniel memperoleh 182 jatuhan pin sementara Cassidy mendapat 234 dan pada permainan kedua, Shalin menyamai pungutan 11 setelah menewaskan Geraldine dengan 227186 jatuhan pin.

Bagaimanapun dalam permainan ketiga dan keempat, nasib menyebelahinya, Bo Long dan Sharon.

Sungguhpun kedua-duanya menunjukkan pencapaian yang sangat baik tetapi tidak mampu menewaskan lawannya yang berpengalaman.

Bo Long ditewaskan oleh Siu Hong 193237, sementara Sharon dikalahkan oleh Carolyn 212254.

Sementara itu, Zulmazran, juara dua kali berturut-turut Terbuka Lelaki Antarabangsa Malaysia menewaskan Surasak 246239. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain