suria

Peminat buat perbandingan… Haneesya Hanee sedar diri kurang dikenali, tak cemburu Anna Jobling lebih menyerlah

Peminat bandingkan kejayaan Haneesya dan Anna.

PELAKON Haneesya Hanee menegaskan dia tidak pernah berasa cemburu dengan kejayaan yang dikecapi Anna Jobling apabila aktres itu kini dilihat semakin menyerlah dalam bidang lakonan.

Mengakui dirinya masih belum cukup dikenali, Haneesya, 21, menganggap sifat cemburu itu adalah orang-orang yang lemah.

“Kenapa saya harus cemburu dengan kejayaan orang lain. Sifat cemburu adalah untuk orang yang lemah. Rezeki datang dari Tuhan.

haneesya 2

Haneesya selesa dengan apa yang dimiliki sekarang.

“Saya mungkin tidak dikenali. Tetapi saya masih ada pendapatan, membayar bil dan hidup bahagia bersama keluarga. Itu yang saya perlukan dalam hidup,” katanya.

Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, berkata demikian menjawab pertanyaan netizen menerusi ruangan soal jawab di media sosial.

Netizen dilihat sengaja membangkitkan soalan sedemikian kerana sebelum ini kedua-dua pernah berselisihan faham kita sama-sama menyertai program realiti Dewi Remaja pada tahun 2019.

ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee selesa bertudung, lelaki tak asyik pandang badan

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ingat Anna Jobling dan Meerqeen bercinta gara-gara keserasian dalam drama ‘Melur Untuk Firdaus’, tak sangka trending sampai luar negara

“Adakah anda cemburu dengan populariti Anna Jobling sekarang?

“Sekarang Anna adalah paling popular dalam alumni Dewi Remaja.

“Adakah anda masih ingat Anna Jobling?,” tanya netizen.

Sifat cemburu adalah untuk orang yang lemah. Rezeki datang dari Tuhan

HANEESYA HANEE

PELAKON

Meskipun Haneesya bergelar juara dalam program tersebut, namun gelarannya itu ditarik semula gara-gara tersebar video dia berpesta di sebuah kelab malam.

Susulan kejadian itu, tidak semena-mena nama Anna dikaitkan menjadi dalang penyebaran video.

Pelakon berusia 22 tahun ini bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia satu bentuk fitnah yang tidak benar.

Nama Anna kini semakin mendapat perhatian penonton selepas dia membintangi drama berjudul Melur Untuk Firdaus bergandingan bersama aktor Meerqeen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain