suria

“Saya hairan... mereka buat lagu fasal mati!” - Datuk M Nasir

Datuk M Nasir lebih memilih untuk menghasilkan lagu berentak modern.

BERBEZA dengan keinginan BBNU (budak baru nak up) lain, penyanyi Datuk M Nasir memuji kesungguhan penyanyi rap duo, Kmy Kmo dan Luca Sicta yang berani membawakan lagu berbentuk kerohanian.

Menurut M Nasir, namun pasangan duo ini mengambil langkah berani menghasilkan lagu berjudul Zuhud yang bercerita tentang peringatan dan kematian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kmy Kmo, Luca Sickta sindir golongan penunggang agama dalam Zuhud - “Semakin ramai yang bertopeng”

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu ‘viral’ ganggu seniman serius berkarya - M. Nasir

"Saya hairan... dalam masa kini kalau saya buat lagu, saya akan buat lagu dengan seni kata yang kontemporari.

Datuk M Nasir menjalinkan kerjasama dengan penyanyi rap duo, Kmy Kmo dan Luca Sicta dalam lagu Zuhud.

"Tapi mereka (Kmy Kmo dan Luca Sicta) buat lagu fasal ingat mati walhal mereka ini budak-budak lagi... kemudian fasal Zuhud lagi," ujarnya.

Single Zuhud yang dicipta dua tahun lalu, berasaskan karakter dan genre muzik yang sesuai dengan M Nasir.

Dalam pada itu, M Nasir berkata, ia merupakan cabaran untuknya dalam menyampaikan lagu berkenaan yang mungkin berbeza dengan apa yang cuba disampaikan duo berkenaan.

Bagi saya itu satu cabaran buat saya... untuk menyampaikan apa yang mereka fikirkan.

DATUK M NASIR

PENYANYI

Malah, M Nasir juga tidak menolak untuk menjalinkan kerjasama dengan penyanyi baharu itu pada masa akan datang.

"Bagi saya itu satu cabaran buat saya... untuk menyampaikan apa yang mereka fikirkan.

"Dan kalau mereka ada lagu yang lebih bagus lagi dari ini, mungkin saya akan mempertimbangkan untuk menyanyi bersama mereka lagi," ujarnya.

Datuk M Nasir, Kmy Kmo, Luca Sicta


Artikel Berkaitan

Artikel Lain