suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerana Sarah Suhairi, Andi Bernadee pula kena marah!

Andi Bernadee dan Sarah Suhairi hanya sekadar rakan baik. Foto Instagram @sarahsuhairi

PETALING JAYA: Penyanyi Andi Bernadee memberitahu ramai tersalah sangka keakrabannya dengan juara program Big Stage, Sarah Suhairi sehingga menyangka mereka adalah pasangan kekasih.

Kata Andi, disebabkan perkara itu juga dia pernah dimarahi pengikutnya gara-gara dia memuat naik gambar bersama artis wanita lain di Instagram kerana 'curang' terhadap Sarah.

"Memang ramai sebenarnya ingat kami pasangan kekasih disebabkan keakraban kami sampai ada yang marah kalau saya bergambar dengan artis lain di Instagram.

Andi Bernadee.

"Kadang-kadang kelakar pun ada... Sampai ada yang tag nama Sarah di ruang komen," katanya.

Bagaimanapun kata Andi, hubungan mereka sekadar teman biasa dan tidak lebih daripada itu.

Kata Andi, dia senang berkawan dengan Sarah kerana sikapnya yang peramah dan menghormati orang lain selain mereka serasi sebagai sahabat.

Sarah Suhairi.

"Kami lebih tahu situasi sebenar hubungan kami iaitu sekadar kawan tetapi orang lain yang kata kami bercinta.

"Sarah sangat baik orangnya dan paling penting dia tahu menghormati orang lain dan itu adalah antara kualiti terbaik yang ada pada dirinya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Andi berkata, dia sangat gembira dengan penerimaan peminat terhadap single terbaharunya, Satu Peluang yang mengetengahkan muzik latin.

Andi Bernadee, Sarah Suhairi

Artikel Lain