Hidup Berubah Sejak Jadi Penyanyi - Hiburan | mStar

Hidup Berubah Sejak Jadi Penyanyi

Kehidupan Wany Hasrita berubah setelah bergelar penyanyi. Foto: THE STAR/ SHAARI CHEMAT

PENYANYI Wany Hasrita memaklumkan kehidupan dia dan keluarga ketika ini berubah menjadi lebih baik setelah bergelar selebriti.

Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah berkata pendapatan yang diperoleh sebagai penyanyi sudah cukup untuk dia menyara keluarga.

"Alhamdulillah, semenjak menjadi penyanyi, rezeki tak putus dan saya sudah mampu membantu keluarga.

Wany bersama ibunya, Norita Jaafar. Foto IG: @wanyhasrita.

"Sebelum ini ibu (Norita Jaafar) perlu bekerja keras membesarkan saya, tetapi sekarang saya sudah mampu mengambil alih tugas tersebut.

"Kalau dulu kami duduk rumah yang kurang sempurna tapi sekarang sudah pindah rumah yang lebih selesa untuk kami berdua" katanya kepada mStar Online.

Wany ditemui pada peringkat Semi Final Muzik-Muzik 32 (SFMM32) yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada malam Ahad lalu.

Lagu ciptaan Gouffran dan Ibnu berjudul Menahan Rindu nyanyiannya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang bakal berlangsung pada Februari tahun hadapan.

Dalam pada itu, gadis berusia 25 tahun ini mengakui tidak terbeban dengan tanggungjawab tersebut dan berasakan ini masa untuk membalas jasa orang tuanya.

"Saya anak tunggal dalam keluarga dan ibu ayah sudah bercerai, jadi saya ambil tanggungjawab menjaga ibu.

"Sejujurnya saya tak rasa terbeban dengan amanah ini dan seronok bila ibu tak perlu bekerja lagi.

Wany tidak terbeban dengan tanggungjawab menyara keluarga.

"Cukuplah dia bekerja keras untuk saya sebelum ini, sekarang masa untuk saya menyenangkan kehidupan mereka pula," katanya.

Bercakap mengenai kejayaan lagu Menahan Rindu ke pentas AJL32, Wany tidak menyangka lagu tersebut terpilih di antara 12 lagu terbaik.

Ujarnya, semua lagu yang bertanding di peringkat separuh akhir berpotensi terpilih ke AJL32.

Menahan Rindu merupakan antara 12 lagu yang terpilih AJL32.

"Saya tidak sangka percubaan pertama ini membuahkan hasil sehingga layak sampai ke tahap ini dan tidak akan sia-siakan peluang yang diberi.

"Sejujurnya semua lagu menjadi pencabar terdekat dan akan buat yang terbaik semasa persembahan AJL32 nanti," ujar penyanyi yang hadir dengan single kedua berjudul Rintihan Rindu.

Wany Hasrita , AJL32

Artikel Sebelum

Liza Hanim Tak Boleh Tidur

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artis Baharu Dominasi AJL32

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain