suria

Johan As'ari Tidak Terikut Trend Badan Sasa Untuk Jadi Hero

PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari tidak mahu terikut-ikut dengan trend artis lelaki ketika ini membina badan menjadi sasa bagi menarik perhatian umum.

Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 30, berkata, dia hanya membina badan jika diperlukan bagi menjayakan sesuatu watak dalam drama ataupun filem.

"Saya tidak terfikir untuk buat badan sasa seperti segelintir artis lelaki lain walaupun ada tawaran yang memerlukan saya berbadan sasa tetapi sekadar untuk peranan itu sahaja.

"Selepas drama ataupun filem itu selesai saya tidak teruskan latihan membina badan kerana selesa dengan bentuk fizikal saya sekarang," katanya kepada mStar Online.

Johan ditemui pada majlis silaturahim Aidilfitri mStar Online, di Menara Star, di sini pada Rabu.

Tambahnya, dia juga yakin tawaran drama yang datang lebih menilai kepada bakat lakonan dan bukan bentuk badan semata-mata.

"Saya tidak rasa drama-drama sekarang hanya mahu hero berbadan sasa sahaja, saya juga tidak tergugat dengan kehadiran pelakon-pelakon lelaki yang lebih kacak dan sasa.

"Pada saya ramai lagi penerbit yang mahu mengambil pelakon badan biasa-biasa seperti saya kerana ebenarnya yang penting ialah bakat lakonan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Johan kini menjalani penggambaran drama 30 episod berjudul Cinta Tangkap Muat yang sedang ditayangkan di HyppTV.

Johan Asari

Artikel Lain