suria

Joe Flizzow Raih The Ultimate Shout! Awards

Joe Flizzow memenangi anugerah The Ultimate Shout! Award.
Joe Flizzow memenangi anugerah The Ultimate Shout! Award.
Joe Flizzow memenangi anugerah The Ultimate Shout! Award.

KUALA LUMPUR: Anugerah utama Shout! Awards iaitu The Ultimate Shout! Award berjaya dimenangi oleh penyanyi rap dan komposer Joe Flizzow.

Trofi disampaikan oleh Yusry dan Edry Abdul Halim pada majlis Anugerah Shout! Award yang disiarkan secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, penyanyi Hafiz Suip memenangi dua kategori iaitu Popstar Award dan Power Vocal Award.

Manakala pelakon dan pengacara Zizan Razak pula meraih Favourite TV Personality Awards dan Best On-Screen Chemistry Awards bersama Johan (Jozan).

Pelakon Aaron Aziz dan Nur Fazura mencuri perhatian penonton apabila masing-masing mendapat Hot Guy Awards dan Hot Chick Awards.

Selain itu, kemenangan penyanyi Jay Walia menerusi kategori Break Out Award turut tidak dijangka kerana dapat menewaskan penyanyi popular W.A.R.I.S.

Manakala, Kumpulan Bunkface sekali lagi mengulangi kemenangan tahun lalu dalam kategori Rockstar Award.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin memenangi kategori Wired Celebrity Award.

Kumpulan KRU ft Stacy pula meraih Music Video Award pada malam anugerah tersebut.

Acara itu dihoskan oleh Razif Hashim dan Natalie Kniese.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Joe Flizzow, Reshmenu, Najwa Latif dan Shane Filan dari kumpulan Westlife.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan Shout Awards 2013:

Kategori Muzik

1. Rockstar Award: Bunkface

2. Popstar Award : Hafiz

3. Power Vocal Award: Hafiz

4. Flava Award: Mizz Nina Ft Jay Park

5. Music Video Award: KRU ft Stacy

6. Break-Out Award (Best New Act): Jay Walia

7. Best On-Screen Chemistry Award : Zizan Razak dan Johan (Jozan)

8. Fresh TV Series Awards: Sebenarnya Saya Isteri Dia

9. Breakthrough Local Feature Award: KIL

10. Favourite TV Program Award: Versus 2

11. Favourite TV Personality Award: Zizan Razak

12. Coolest Radio Announcer Award: Fara Fauzana

13. Favourite Radio Show Award : Johara Pagi Era

14. Hot Chick Award: Nur Fazura

15. Hot Guy Award: Aaron Aziz

Kategori Sosial Media

16. Wired Celebrity Award: Khairy Jamaluddin

17. Shout Aloud Award: Matluthfi90

18. The Ultimate Shout! Award : Joe Flizzow

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain