suria

John Mayer Belajar Masak Untuk Jaga Vokal

John Mayer
John Mayer
John Mayer

PENYANYI dan penulis lagu, John Mayer terpaksa belajar memasak makanan sihat bagi menguatkan kembali vokalnya selepas melakukan pembedahan membuang ketumbuhan 'granuloma' pada kotak suara Ogos tahun lalu.

Penyanyi lagu The Daughters berkata kepada majalah Rolling Stone, dia dinasihatkan doktor untuk berehat selama enam bulan dan tempoh masa itu diluangkan dengan memasak.

"Berehat selama berbulan-bulan membuatkan saya tidak tahu nak buat apa melainkan berjoging dan menonton televisyen.

"Namun ia mengubah gaya hidup saya kepada seorang lelaki yang peka terhadap pemakanan sihat.

"Saya belajar cara-cara memasak nasi dan ayam serta menu lain yang tidak mengundang penyakit," selorohnya.

Tambah John, pada usia 35 tahun, dia sedar bahawa dirinya tidak boleh lagi memakan makanan yang mampu memberi risiko tidak baik pada tubuh badan.

"Biasanya kita minum dan makan apa sahaja di luar, kemudian kembali ke rumah dengan makanan lain pula. Dan kita tidak tahu bahawa perut kita sedang merana dengan makanan yang kita makan itu," tuturnya yang juga kekasih penyanyi Katy Perry.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain