suria

Miley Cyrus Tangguhkan Kahwin Kerana Album Baru

Miley Cyrus
Miley Cyrus
Miley Cyrus

LOS ANGELES: Penyanyi remaja Miley Cyrus membuat keputusan untuk menangguhkan perkahwinannya kerana sibuk dengan rakaman album terbarunya.

Pada Jun lalu, penyanyi berusia 19 tahun itu mengumumkan hasratnya untuk berkahwin dengan pelakon dari Australia, Liam Hemsworth pada tahun ini.

Laman contactmusic.com melaporkan, kesibukan dengan proses rakaman album baru itu menyebabkan persiapan untuk majlis perkahwinan berkenaan masih belum dimulakan sehingga kini.

“Saya sangat sibuk dengan komitmen rakaman album terbaru. Saya begitu teruja kerana ia (album) pada kali ini berbeza.

“Kami bekerja keras untuk album ini dan saya berbangga dengan karya ini. Ia mungkin boleh saya anggap sebagai perkara yang paling saya gemari setakat ini,” katanya ketika ditemui pada MTV Video Music Awards.

Penyanyi itu juga menegaskan, dia tidak perlu tergesa-gesa untuk berkahwin dan bahagia melayari alam pertunangan untuk tempoh yang panjang.

“Saya terlalu sibuk dengan album ini. Sudah tentu saya berasa teruja untuk berkahwin tetapi pada masa yang sama yang berasa seperti sudah berkahwin.

“Saya tahu kami adalah pasangan yang kekal bersama dan saya tidak memerlukan ikatan perkahwinan pada waktu ini untuk mengukuhkan hubungan kami,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain