suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Brangelina Mempunyai Gelaran Manja Antara Satu Sama Lain

Brad Pitt dan tunangnya Angelina Jolie.
Brad Pitt dan tunangnya Angelina Jolie.
Brad Pitt dan tunangnya Angelina Jolie.

LONDON: Sikap romantik pasangan pelakon popular, Brad Pitt dan Angelina Jolie menyebabkan mereka memanggil satu sama lain dengan gelaran manja ‘Miffy’ dan ‘Kitty’.

Pitt dilaporkan memanggil tunangnya itu dengan gelaran ‘Miffy’, manakala Jolie pula membalas dengan sapaan ‘Kitty’ kepada aktor itu.

Difahamkan, kemesraan mereka yang memanggil antara satu sama lain dengan gelaran itu tidak hanya terbatas ketika mereka berdua-duaan tetapi turut dilakukan ketika mereka dikelilingi orang lain.

“Brad dan Angelina adalah pasangan kekasih yang manja antara satu sama lain dan mereka tidak mempedulikan reaksi orang sekeliling,” kata satu sumber seperti dipetik laman thesun.co.uk.

Pasangan itu memiliki enam anak iaitu Maddox, 11, Pax, 9, Zahara, 7, Shiloh, 6, dan dua anak kembar Knox dan Vivienne, 4.

Mereka bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain