suria

Pelakon Baru Tidak Ancam Farid Kamil

Farid menjelaskan tidak terancam dengan kehadiran pelakon baru sebaliknya melihat ia sebagai persaingan sihat.
Farid menjelaskan tidak terancam dengan kehadiran pelakon baru sebaliknya melihat ia sebagai persaingan sihat.
Farid menjelaskan tidak terancam dengan kehadiran pelakon baru sebaliknya melihat ia sebagai persaingan sihat.

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Farid Kamil tidak melihat kemunculan banyak pelakon baru dalam industri hiburan Malaysia sebagai satu ancaman buat dirinya.

Malah dia menyifatkan kehadiran mereka adalah sebagai persaingan sihat dan percaya setiap daripada mereka mempunyai keistimewaan tersendiri.

"Tidak perlu melihat mereka sebagai ancaman kerana apa yang lebih penting ia satu persaingan sihat di antara pelakon baru dan sedia ada.

"Sebagai pelakon yang telah lama berada di dalam industri seni kita perlu melakukan persediaan untuk kekal lama dan bukan hanya duduk tanpa berbuat apa-apa," katanya kepada mStar Online.

Tambah Farid, dia cukup bertuah kerana masih mendapat tempat dalam industri hiburan dengan beberapa kejayaan manis sepanjang kariernya.

Dalam pada itu, Farid berkata, walaupun sudah lama bertapak sebagai pelakon dia mengakui masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam memastikan mutu lakonannya sentiasa berada pada tahap yang membanggakan.

Farid memberitahu, dia tidak mahu kerjaya lakonannya berada pada kedudukan statik dan membawa watak-watak klise.

"Melakukan kesilapan adalah perkara biasa tetapi apa yang penting kita belajar daripada kesilapan tersebut dan jangan cepat berpuas hati dengan apa yang telah dibuat," ujarnya.

Ditanya perkembangan terkini, Farid kini sibuk di lokasi penggambaran filem Pengapit arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin di samping Rita Rudaini, Anne Ngasri dan Nadiya Nisa.

Selain itu, aktor dari Alor Setar, Kedah ini bakal muncul sebagai watak gengster bernama Ewan dalam filem komedi aksi berjudul Hantu Gangster arahan Namewee.

Filem itu sudah pun menemui penonton bermula 9 Ogos lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain