suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenchana Dewi Gementar Ditinggalkan Halim & Nabil

Kenchana Dewi bakal bersiaran secara solo pada hari raya nanti.
Kenchana Dewi bakal bersiaran secara solo pada hari raya nanti.
Kenchana Dewi bakal bersiaran secara solo pada hari raya nanti.

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Kenchana Dewi mengakui gementar untuk mengendalikan segmen Breakfast@Suria tanpa kehadiran dua gandingannya iaitu Halim Othman dan Nabil Ahmad pada Hari Raya nanti.

Kenchana berkata, dia akan mengendalikan segmen tersebut bermula pada Hari Raya pertama sehingga Hari Raya ketiga.

"Kedua-dua mereka mengambil cuti raya dan ini adalah pengalaman pertama saya mengendalikan segmen itu tanpa mereka dan harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Kenchana tetap teruja untuk bertugas kerana kemunculannya secara solo itu nanti turut menjadi satu cabaran dalam kerjayanya sebagai deejay radio.

Dia juga akan cuba sebaik mungkin untuk memastikan semua pendengar Suria FM terhibur bersama seleksi lagu Hari Raya yang diputarkan.

"Takut memang takut tetapi saya perlu lakukan walaupun tanpa kehadiran Nabil dan Halim dan ini adalah peluang saya untuk melakukannya tanpa kehadiran mereka," ujarnya.

Artikel Lain