Yann Yann Hampir Lupa Diri Gara-Gara 'The Descendant' - Hiburan | mStar

Yann Yann Hampir Lupa Diri Gara-Gara 'The Descendant'

Yeo Yann Yann
Yeo Yann Yann

PETALING JAYA: Pelakon Yea Yann Yann mengakui hampir terlupa dengan identiti dirinya sebenar gara-gara terlalu menjiwai watak Shen Dan Feng, dalam drama bersiri The Descendant yang bakal muncul bermula 9 Februari ini.

Drama tersebut akan disiarkan menerusi saluran ntv7 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam.

Yann Yann berkata, watak Dan Feng agak berat untuknya kerana terlalu banyak bermain dengan emosi sehinggakan dia terpaksa berehat daripada dunia lakonan buat seketika untuk kembalikan personalitinya yang sebenar selain merehatkan minda.

"Setiap kali menerima skrip, saya akan menghayati sepenuhnya watak saya itu sehingga ia benar-benar telah masuk ke dalam jiwa saya.

"Begitu juga dengan The Descendant, sepanjang tiga bulan penggambaran, bermula pada bulan September tahun lalu, saya rasa diri ini seperti orang lain. Malah, teman rapat saya juga rasa pelik dengan perubahan saya itu.

"Mana tidaknya, watak saya itu begitu berat di mana Dan Feng adalah seorang wanita yang cekal dan menyimpan semua masalah yang dilaluinya dalam hati tanpa meluahkan kepada sesiapa pun.

“Jadi saya pun menghayati watak itu seolah-olah terdapat satu benda berat dalam jiwa saya yang sukar untuk dikeluarkan," katanya.

Tambah Pelakon Wanita Terbaik Golden Awards 2010 menerusi drama The Iron Lady ini lagi, dia juga amat mementingkan kualiti lakonan supaya para penonton berpuas hati dengan lakonannya.

"Sebenarnya, menjiwai sesebuah watak adalah menyeronokkan kerana ia lebih mudah untuk kita berlakon tanpa perlu menghafal skrip.

"Cuma diakui, saya mempunyai masalah sedikit daripada segi penjiwaan yang terlalu mendalam sehingga membuatkan saya hampir lupa diri," selorohnya.

Berlatarkan industri pembuat colok, The Descendant mengisahkan tentang konflik tiga generasi dalam sebuah keluarga yang besar.

Ia bermula apabila Chen Yu Lin, lakonan Steve Yap, yang merupakan seorang guru di pedalaman dipaksa untuk pulang ke kampung halamannya untuk berkahwin dengan Shen Dan Fang (Yann Yann) supaya mewarisi perniagaan keluarganya.

Yu Lin juga telah membuat perjanjian dengan ayah mertuanya agar anak lelaki pertama yang dilahirkan akan diberikan nama keluarga isteri untuk meneruskan darah keturunan Shen.

Pada hari perkahwinan yang ditetapkan itu, Yu Lin tidak menyangka kekasihnya, Shen Yu Hua adalah adik kepada isterinya. Walaupun tidak dapat menerima kenyataan, Yu Hua dan Yu Lin hanya mampu menanam jauh perasaan mereka masing-masing.

Penggambaran drama sepanjang 30 episod itu dijalankan di beberapa lokasi di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dengan cuba menggarap masa sekitar tahun 1920-an hingga 1960-an.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Mustahil Bagi Amir Sertai Kumpulan Ukay's

default image

Shila Amzah Tidak Terfikir Jadi Pelakon

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain