suria

Suria FM Rai Ulang Tahun Ke-3

Penyampai Suria FM, rakan artis, Ketua Pegawai Operasi The Star, Ho Kay Tat (lima dari kanan) dan Ketua Pegawai Operasi Suria FM dan Red FM, Azrul Mohd Nor (tiga dari kanan). - Foto oleh SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Stesen radio Suria FM meraikan ulang tahun ketiga di Studio V, One Utama, di sini bermula pukul 5 petang hingga 10 malam, Rabu.

Kemeriahan sambutan majlis tersebut turut dirasai dengan kehadiran ramai pendengar, artis dan rakan media. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi The Star, Ho Kay Tat dan Ketua Pegawai Operasi Suria FM dan Red FM, Azrul Mohd Nor.

Kesemua para tetamu dihidangkan dengan persembahan dan permainan yang dihoskan oleh penyampai-penyampai Suria FM dan artis yang terlibat.

Lebih 40 artis yang hadir termasuk Izwan Pilus, Ifa Raziah, Ikhwal, Sabhi Saddi, Reshmonu, Elly Mazlin, Azharina Azhar, Farah Ashikin, Daus, Farina, AXL’s, Faradhiya dan Tilu.

Sementara Suria FM terdiri daripada penyampai hebat seperti Halim Othman, Zizi, Bob, Myra, Naim, Linda Onn, Tuah Zoqarnain, Lin, Othoe dan Lotter turut memeriahkan majlis.

Menariknya, Linda Onn dan Tuah Zoqarnain turut bersiaran luar secara langsung dari Studio V bermula pukul 4 petang hingga 11 malam.

Selain itu, majlis diteruskan dengan acara memotong kek sebagai simbolik meraikan ulang tahun ke-3 Suria FM.

Mereka yang hadir berpeluang mendapat barangan percuma serta hadiah dari penaja seperti De’ N Fresh Nata De’ Coco, snek Shoyomi, roti Sedap, Tropicana Twister dan majalah EH!.

Suria FM ditubuhkan pada tahun 2006 di bawah label syarikat Rimakmur Sdn Bhd iaitu anak syarikat kepada Star Publications.

Stesen radio yang membawakan tagline ‘Muzik Terbaik 90-an dan Terbaru’ ini mula beroperasi di sekitar Lembah Klang dan Kota Kinabalu. Bermula 24 November 2007, Suria FM secara rasminya bersiaran di seluruh Semenanjung Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain