Pesta Filem Pendek Astro Kirana kembali

PESTA Filem Pendek Astro Kirana kini kembali lagi untuk tahun kedua dan mengalu-alukan penyertaan dari pembuat-pembuat filem untuk menghantar penyertaan mereka bermula 1 November ini sehingga 31 Januari 2009.

"Menerusi Pesta Filem Pendek Astro Kirana, kami berhasrat untuk menyemai dan menanamkan semangat kepada pembuat-pembuat filem agar terus berkarya dengan lebih kreatif bagi menyemarakkan lagi kualiti industri filem tanahair.

"Pada masa yang sama, kami berhasrat untuk meningkatkan lagi kualiti kandungan-kandungan yang dihasilkan supaya penyampaiannya lebih dekat di hati para penduduk Malaysia," ujar Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah.

Sepuluh buah filem pendek terbaik akan ditayangkan di saluran Astro Kirana (saluran 122) dan berpeluang untuk memenangi tiga tempat terbaik.

Juara bakal membawa pulang RM5,000 di samping berpeluang untuk mengarahkan sebuah filem baru di bawah sebuah syarikat produksi yang berkaliber manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang RM3,000 dan RM2,000 bagi pemenang tempat ketiga.

Tahun lalu, Pesta Filem Pendek Astro Kirana telah menobatkan Calavin Lim Keai Boon dengan sebuah produksi drama Kantonis yang berjudul ‘Beautifool Life’, pemenang tempat kedua pula ialah Chan Kean Wah untuk produksi berjudul ‘Shou Ji’ dan Martias Mohd Ali melalui produksi yang berjudul ‘Hasrat’ memenangi tempat ketiga.

Selain hadiah utama, Pesta Filem Pendek Astro Kirana turut menawarkan hadiah sampingan bagi kategori-kategori seperti Pengarahan Seni Terbaik, Bunyi Terbaik, Suntingan Terbaik, Videografi Terbaik, Cerita Terbaik, Persembahan Terbaik dan Arahan Terbaik.

Selain itu, para penonton berpeluang utnuk mengundi filem terbaik kegemaran mereka menerusi laman web www.astro.com.my. Penyertaan yang mendapat undi tertinggi bakal membawa pulang Anugerah Pilihan Penonton.

Pesta Filem Pendek Astro Kirana ini dibuka untuk rakyat Malaysia yang berminat dalam bidang penghasilan filem dan berumur 18 tahun ke atas. Bagi yang berminat, mereka dijemput untuk menghantar filem pendek asli dalam durasi 15 hingga 25 minit dalam bentuk DVD (2 salinan) bersama borang penyertaan ke alamat berikut:

ASTRO KIRANA SHORT FILM AWARDS 2008/2009 Astro Kirana Malaysia Astro Entertainment Sdn Bhd, Level-2 Wisma Penyayang, No. 6 Jalan Equine, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan

Bagi mendapatkan lebih informasi tentang Pesta Filem Pendek Astro Kirana dan untuk memuat turun borang penyertaan, sila layari laman web www.astro.com.my atau dengan menghantar emel ke astrokirana@astro.com.my.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia