Proses pengebumian Glenn Fredly akan disiarkan secara langsung di Instagram

Glenn Fredly meninggal dunia pada Rabu.

PIHAK pengurusan Glenn Fredly iaitu Bumi Entertainment akan menyiarkan proses pengebumian secara langsung menerusi laman Instagram mereka pada Khamis.

Menurut laporan CNN, hal itu dilakukan atas permintaan ahli keluarga supaya orang ramai tidak datang bagi memberikan penghormatan terakhir memandangkan penularan wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Glenn Fredly meninggal dunia akibat radang otak

"Kami akan melakukan siaran secara langsung menerusi laman Instagram, jadi rakan-rakan dapat melihat proses pengebumian tanpa perlu datang," katanya.

Dalam pada itu, ahli keluarga turut meminta doa dari orang ramai untuk Glenn dan memohon maaf atas kesilapan yang pernah arwah lakukan semasa hidupnya.

Glenn Fredly yang beragama Kristian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Umum, Tanah Kusir, Jakarta selepas ibadah pelepasan pada Khamis.

Penyanyi yang popular dengan lagu Januari meninggal dunia pada umur 44 tahun di hospital Setia Mitra, Jakarta akibat penyakit meningitis atau radang otak pada Rabu.

Glenn meninggalkan seorang isteri, Mutia Ayu dan seorang bayi perempuan, Gewa Atlana Syamayim Latuihamallo yang baru berumur 1,5 bulan.

Glenn Fredly

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain