suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

1,812 Kakitangan RHB Berhenti Di Bawah VSS

KUALA LUMPUR: Kumpulan perbankan keempat terbesar Malaysia, Kumpulan Perbankan RHB telah mengambil keputusan untuk mengurangkan tenaga kerja mereka sebanyak 1,812 orang dengan kos pemberhentian mencecah RM309 juta di bawah skim perpisahan sukarela (VSS).

Menyatakan demikian dalam satu kenyataan pada lewat Selasa, RHB menegaskan 1,812 kakitangan telah mengemukakan permohonan untuk menyertai Skim Peralihan Karier  (CTS) pada 30 September lalu bagi membolehkan proses VSS dilaksanakan.

Kumpulan RHB memiliki 15,348 kakitangan di seluruh negara.

RHB menyatakan, jumlah yang memohon untuk berhenti secara sukarela adalah jauh lebih besar daripada jumlah yang ditetapkan oleh pihak bank.


RHB, Kumpulan Perbankan RHB, VSS

Artikel Berikut

Artikel Lain