SEORANG pemuda tular di aplikasi TikTok selepas dia mengiklankan pakej perkahwinan di Thailand secara terbuka. Menerusi perkongsian pada Ahad, pemuda itu berkata dia menawarkan pakej berharga RM2,500 untuk mana-mana pasangan yang mahu berkahwin di Songkhla. Apa yang menariknya, dia juga akan membawa pasangan pengantin mengikuti aktiviti jalan-jalan cari makan (JJCM) di sana. Tangkap layar video tular di aplikasi TikTok. "Assalamualaikum dan selamat petang. Untuk petang ni, selepas akad nikah pagi tadi siap, lepas tu tengah hari bagi mereka (pengantin) makan, lepas tu balik hotel. "Pukul 6 petang saya ajak pasangan pengantin, hari ni ada empat pasangan, ajak mereka jalan-jalan sekitar Songkhla. Kat sini datang tengok Halal street food, pasar halal untuk membeli belah makanan. "Dengan harga RM2,500 pakej itu, saya bawa pergi jalan-jalan dan tidur sekali. Bagi yang menginap, InsyaAllah kalau saya tiada kerja apa-apa, saya bawa anda jalan-jalan di Songkhla," ujarnya. Ada kereta Exora dari Sungai Petani. Ini bermaksud pasangan boleh letak kereta di rumah saya atau letak di sempadan. INDIVIDU TAWAR PAKEJ NIKAH Pemuda itu turut memuat naik video ketika dia melakukan tour di sebuah pasar yang dipenuhi aneka makanan serta minuman yang menarik. "Kat sini ada jual macam-macam. Nasi campur, dimsum, lokcing, buah-buahan, ulam-ulaman, macam-macam makanan, somtam, kuih-muih. "Yang seronoknya kat sini, majoriti peniaga adalah orang Islam kita. Kat sini pun ada sate," ujarnya menerusi video yang meraih hampir 40,000 tontonan itu. ARTIKEL BERKAITAN: Makin ghairah orang Malaysia kahwin lari di Siam, ejen selamba tawar pakej guna FB - “Nak komen tanya harga takut bini nampak” ARTIKEL BERKAITAN: Ramai kahwin lari sampai ke Thailand takut isteri pertama tahu... Rupanya ada sebab lain bakal pengantin pilih nikah negara seberang Menerusi penerangan pada video, dia berkata pasangan dari Malaysia juga akan disediakan pengangkutan untuk dibawa masuk ke Thailand. "Ada kereta Exora dari Sungai Petani. Ini bermaksud pasangan boleh letak kereta di rumah saya atau letak di sempadan," ujarnya sambil menambah bahawa lokasi pernikahan juga adalah di tempat yang diiktiraf. Harga pakej itu turut merangkumi kos minyak dan tol, bayaran di Majlis Agama Islam, makan tiga kali sehari, penginapan hotel satu malam, bayaran konsulat, wi-fi dalam kereta serta gambar dan video akad nikah. "Pasangan akan sentiasa bersama saya setiap masa. Jadi tidak timbul masalah pasangan ditinggalkan untuk melakukan semua urusan. "Sehinggakan mengisi borang pun saya yang lakukan. Bagi yang berminat, sila buat tempahan seminggu sebelum pergi," ujarnya lagi. Pasangan yang tidak mendapat restu keluarga biasanya akan bernikah di Thailand. -Gambar hiasan Video itu turut dihujani banyak komen netizen termasuklah mereka yang bertanya tentang pakej pelancongan kepada pemuda itu. "Risau mat. Nikah luar negara ni mesti pasangan yang ada masalah. Terutama yang nak tambah bini. "Yang nikah sana mesti bini tua tak izin la tu. "Tak nak nikah. Tak ada ke pakej jalan-jalan, tengok best tempat tu," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube