suria

Ramai kahwin lari sampai ke Thailand takut isteri pertama tahu... Rupanya ada sebab lain bakal pengantin pilih nikah negara seberang

Pernikahan di Selatan Thailand bukanlah satu isu baharu.

PERNIKAHAN di Selatan Thailand bukanlah satu isu baharu dalam kalangan masyarakat di Malaysia kerana sejak dahulu lagi, ramai pasangan yang mengambil jalan mudah untuk melangsungkan perkahwinan lebih daripada sekali di negara jiran.

Peguam syarie, Zulkifli Che Yong yang berpengalaman 30 tahun dalam kes syariah turut mengakui hakikat tersebut malah sudah banyak menggendalikan kes pernikahan di Thailand.

Zulkifli berkata, terdapat beberapa sebab membuatkan seseorang individu tersebut mengambil jalan mudah bernikah di negara jiran termasuklah mahu mengelak daripada pengetahuan isteri pertama dan keluarga.

Pun begitu katanya, ada juga kes pernikahan di Thailand disebabkan calon pengantin perempuan merupakan anak tidak sah taraf yang tidak mahu identitinya diketahui.

nikah1 - 1

Zulkifli sudah berpengalaman lebih 30 tahun menggendali kes nikah di Thailand.

Ini kerana kata Zulkifli, menerusi proses biasa di Malaysia, ibu bakal pengantin perempuan akan dipanggil ke mahkamah untuk mendapatkan wali hakim.

Di peringkat ini, si ibu akan melalui proses soal jawab yang mungkin akan mendedahkan perkara yang menjadi rahsia dan dibimbangi mengaibkan si anak dan keluarga.

"Biasanya mereka yang bernikah di Thailand ini mahu lari daripada pengetahuan isteri, wali atau mungkin tidak mendapat restu keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak salah lelaki bernikah lebih tapi perlulah adil... Isteri pula jangan aibkan suami, elak dekati orang batu api – PU Syed

ARTIKEL BERKAITAN: Yusof Haslam kecewa Syamsul tak bincang nikah Ira Kazar, harap tak abai tanggungjawab terhadap Puteri Sarah dan anak-anak

"Namun, ada juga yang mahu mengelakkan komplikasi kerana berstatus anak tak sah taraf. Ibu bakal pengantin perempuan akan dipanggil untuk sesi soal jawab di mahkamah.

"Jadi, disebabkan tidak mahu aib terbongkar, ada yang mahu mengambil jalan mudah dan bernikah di negara jiran," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Zulkifli memberitahu berdasarkan peraturan perkahwinan di Malaysia, jika seorang lelaki mahu memohon untuk berpoligami, mahkamah perlu memberi notis kepada isteri pemohon.

Biasanya mereka yang bernikah di Thailand ini mahu lari daripada pengetahuan isteri, wali atau mungkin tidak mendapat restu keluarga.

ZULKIFLI CHE YONG

PEGUAM SYARIE

Selepas dipanggil untuk sesi perbicaraan di mahkamah, si isteri ada hak untuk mempertikaikan atau membangkitkan apa-apa bantahan terhadap kelayakan berpoligami yang perlu dipenuhi oleh suaminya iaitu pemohon.

"Undang-undang di negara kita diharuskan lelaki yang mahu berkahwin lagi memohon kebenaran daripada mahkamah. Pihak mahkamah seterusnya akan memberikan notis kepada isteri pertama atau isteri-isteri mereka dan daripada situ, si isteri bakal tahu jika suaminya mahu berkahwin lain.

"Sekiranya si suami tidak memenuhi syarat poligami, antaranya tidak berkemampuan atau memberi mudarat kepada isteri dan anak-anak, jadi ia bukan satu perkara mudah untuk mereka berkahwin lagi,” ujarnya.

nikah2 - 1

Ramai pasangan mahu ambil jalan mudah bernikah di Thailand.

Mengulas lanjut tentang persoalan proses pendaftaran nikah, Zulkifli menjelaskan pasangan yang berkahwin di luar negara perlu mendaftarkan perkahwinan mereka supaya tidak berlaku masalah di kemudian hari.

Malah, pasangan itu juga akan dikenakan hukuman iaitu denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

"Kalau tak daftar, apa-apa tindakan lanjut daripada sudut pentadbiran banyak tidak boleh diambil tindakan. Contohnya, kalau ada anak, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetap mahukan surat nikah sebagai bukti suami isteri sudah berkahwin. Takut nikah tu tak sah nanti melibatkan anak tak sah taraf.

"Sebab itu sesiapa yang bernikah di luar negara, apabila pulang ke Malaysia perlu mendaftarkan perkahwinan di sini walau apa pun," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain