suria

Pemuda buntu! Lagi 5 hari nak kahwin, wang hantaran 20K dah bagi... Tunang beritahu hamil terlanjur dengan ex-BF

Seorang pemuda dilema selepas mendapat tahu tunangnya hamil. -Gambar hiasan

PASTINYA teruja menanti hari bahagia sebagai raja sehari, meskipun hati terasa berdebar-debar.

Namun berbeza pula dengan bakal pengantin lelaki ini apabila dia berada dalam dilema kerana berlaku sesuatu tanpa disangka-sangka.

Majlis perkahwinan pula hanya tinggal lima hari saja lagi dan terdapat kemungkinan apa yang telah dirancang terpaksa dibatalkan.

Menurut bakal pengantin lelaki tersebut, tunangnya kini hamil dan apa yang lebih mengejutkan adalah dia sendiri tidak pernah menyentuh pasangannya itu.

“Majlis kahwin saya lagi lima hari, tapi masalah di sini berkaitan tunang saya. Dia dah mengandung satu bulan walaupun saya tak pernah sentuh dia.

“Tunang saya baru-baru ini beritahu yang dia dah terlanjur dengan bekas teman lelaki dia,” katanya menerusi satu luahan di laman sosial.

Wang hantaran telah diserahkan kepada keluarga perempuan. -Gambar hiasan

Mengulas lanjut, pemuda itu menjelaskan hubungannya bersama tunang terjalin begitu singkat sebelum pihak keluarga merancang untuk menyatukan kedua-dua mereka.

“Kami tunang pun tak lama, itu pun atas saranan orang tua dan saudara-mara saya,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak pernah sentuh dia” - Pemuda ada kekasih difitnah hamilkan ex-GF, ayah paksa jadi pak sanggup

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas terlanjur janji nak kahwin, tiba-tiba pemuda tukar fikiran... Buka cerita kekasih tidur dengan ramai lelaki - “15 orang termasuk saya”

Fikirannya ternyata berserabut kerana terpaksa berdepan berita kehamilan tunang yang terlanjur dengan bekas kekasih menjelang hari perkahwinannya.

Lebih merumitkan keadaan apabila segala persiapan telah dibuat dan jemputan sudah diedarkan, malah duit hantaran juga telah diberikan kepada keluarga pengantin perempuan.

Kalau tunang mahu kembali ke pangkal jalan, maafkanlah. Untuk urusan nikah, hati sendiri tentukan.

NETIZEN

“Katering semua dah dibayar. Duit hantaran sebanyak RM20,000 pun dah diserahkan sepenuhnya. Kalau saya batalkan, apa orang akan cakap nanti?

“Mana mak ayah saya nak letak muka? Tunang saya pun dah banyak hari murung. Saya buntu,” katanya yang buntu untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau tidak.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap perbuatan tidak bermoral si tunang dan dilema bakal pengantin lelaki.

Seorang lelaki dilema untuk membuat keputusan. -Gambar hiasan / Freepik

Segelintir mereka ada yang mencadangkan supaya lelaki itu memikirkan kebahagiaan diri sendiri berbanding mahu menjadi ‘pak sanggup’.

“RM20,000 boleh cari, isteri yang baik untuk suami yang baik. Sebelum parah lagi dalam, lebih baik tak perlu teruskan.

“Lebih baik batal. Kita nak hidup bersama bukan sekejap, kalau boleh ke hujung nyawa. Mungkin yang terbaik akan datang selepas ni.

“Kalau saya, batalkan saja. Tak mahu jadi pak sanggup,” demikian antara komen netizen.

Pada masa sama, ada yang turut memberi pandangan untuk dia memberi peluang kedua kepada tunang dan menjalani kehidupan baharu bersama.

“Bakal isteri dah berterus-terang dan kalau awak boleh terima dan sayang, boleh teruskan. Solat istikharah minta petunjuk. Cuma jangan diungkit hal itu selepas bina keluarga baharu.

“Kalau tunang mahu kembali ke pangkal jalan, maafkanlah. Untuk urusan nikah, hati sendiri tentukan. Ada hikmah, segala Allah uji... kuat dan payah,” komen netizen yang menyarankan supaya kedua-dua keluarga berbincang untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain