suria

Isteri tuntut cerai suami curang 8 kali siap langgan pelacur! Kenal lelaki baik ketika dalam idah, sayangnya dah ada isteri

Seorang wanita diuji dengan dugaan rumah tangga. -Gambar hiasan

RUMAH tangga yang dibina selama sedekad hancur sekelip mata disebabkan kecurangan suami.

Bukan sekali, tetapi lapan kali lelaki itu kantoi bersikap curang.

Hakikat yang pahit untuk ditelan, namun itulah nasib dan ujian yang menimpa wanita ini.

Berkongsi cerita, dia memberitahu sudah berkahwin selama 10 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Dia bagaimanapun mengakui banyak memendam rasa kecewa sepanjang perkahwinannya, bukan hanya kerana si suami bersikap curang, tetapi juga panas baran.

“Aku banyak makan hati dengan sikap laki aku. Dia pernah curang sampai lapan kali. Dia kaki pukul, suka maki hamun aku, siap langgan pelacur. Tapi aku selalu maafkan dia sebab terlalu sayang.

“Dia juga anak mak, apa-apa masalah mak dia suka masuk campur. Entahlah, lama-lama aku mula tawar hati nak teruskan perkahwinan ni. Sikap dia buat aku jadi macam ni,” katanya menerusi satu luahan di laman sosial.

Kerana tidak tahan lagi, dia dan suami mengambil keputusan untuk berpisah dan ketika itu nekad mahu menjalani kehidupan baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘angau’, kejar janda tunangan orang! Tidur lewat sebab bermesej, dah tak nampak kebaikan isteri sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Suami skandal dengan jiran, bini orang anak 4! Penyondol punyalah baik dengan isteri, petang-petang selalu borak depan rumah

Ketika dalam tempoh idah, dia mengenali seorang lelaki yang baik, menjadi pendengar setia masalahnya dan sering memberikan kata-kata semangat yang menceriakan kembali hidupnya.

Namun luahnya, hubungan rapat mereka tidak berpanjangan apabila lelaki itu dirasakan seperti mahu menjauhkan diri daripadanya.

“Dia jarang contact, selalu setiap hari non stop kami call, video call. Aku ni peliklah, kenapa? Masa tu hampir dua minggu dia menghilang sebelum contact aku semula,” ujarnya.

Suami isteri mengalami konflik akibat sikap pasanga. -Gambar hiasan

Selepas diasak dengan bermacam-macam pertanyaan, dia akhirnya membuat pendedahan yang tidak disangka-sangka.

“Dia mengaku sebenarnya dia suami orang. Masa tu aku down lah kan. Aku tak nak teruskan tapi dia merayu-rayu kat aku. Macam-macam dia burukkan bini dia dan dia janji nak lepaskan isteri dia dan kahwin dengan aku.

“Aku ni percayalah, tapi itulah dia menghilang lagi dua hingga tiga minggu. Aku stalk akaun Instagram bini dia. Aku tengok mereka okay je bahagia, pergi bercuti sana sini dan masa tu bini dia hamil.

“Aku pun tanpa fikir panjang memang terus block nombor telefon lelaki tu. Aku tak nak jadi penghancur rumah tangga orang,” tegasnya.

Tanpa diduga sebelum berakhir tempoh idah, katanya suaminya datang merayu agar diberikan peluang untuk merujuk semula dan berjanji hendak berubah.

“Aku sebenarnya tak teruskan tapi sebab mak ayah aku, dia pun dah berjanji depan mak ayah yang dia nak berubah, mak dia sendiri datang jumpa aku minta maaf, siap cakap aku ni menantu yang baik pernah dia ada.

“Akhirnya aku pun mengalah dan terima dia. Kami rujuk semula. Alhamdulillah, kami muhasabah diri, perbetulkan diri masing-masing. Nampak perubahan suami aku, bersyukur sangat,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain