suria

Terpesona janji ‘bulan bintang’, akhirnya derita! Siapa nak kahwin lelaki asing sila ‘pegang’ 5 nasihat wanita ini

Sebahagian kes penceraian membabitkan pasangan kahwin campur adalah berpunca daripada perbezaan budaya. Gambar hiasan

MANA-mana perkahwinan pasti tidak terkecuali dilanda ujian dan cabaran.

Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri.

Namun cabaran yang dilalui oleh individu yang memilih warga asing sebagai pasangan hidup ternyata lebih besar dan bukan calang-calang, memandangkan kedua-duanya mempunyai latar belakang diri, budaya serta cara hidup yang berbeza.

Begitulah juga kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita, di mana perkahwinan yang dibina selama lapan tahun dengan seorang lelaki warga asing, akhirnya runtuh kerana perbezaan budaya.

"Saya berkahwin dengan bekas suami, seorang warga asing (warganegara Pakistan) pada April 2014. Banyak yang kami lalui selama ini (isu perkahwinan biasa dan lain-lain).

"Tetapi ia menjadi sukar kerana kami berdua dari latar belakang yang berbeza sama sekali kecuali agama. Kami berdua beragama Islam. Perkara utama yang menjadi masalah buat saya adalah budayanya.

MIX 1

Wanita berkenaan akur dengan kehendak suami yang memintanya berhenti belajar dan bekerja di rumah. Gambar hiasan

"Daripada seorang wanita yang sangat berdikari dan suka belajar, dia meminta saya berhenti belajar dan berkahwin, serta menjadi ibu yang tinggal di rumah.

"Dia menjanjikan saya bulan dan bintang dan saya termakan dengan semua kata-katanya," luah wanita berkenaan.

Wanita itu menambah, sepanjang perkahwinan, dia dan suami membina perniagaan bersama-sama dan dia hanya bekerja dari rumah sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami dapat perhatian di TikTok, ramai perempuan puji iras Saif Ali Khan... Wanita ini ‘cool’ je, puas hati kahwin lelaki penyayang

ARTIKEL BERKAITAN: Apa salah lelaki Nigeria? Hidup wanita ini berubah selepas nikah warga asing, bisnes merudum - “Mereka cakap saya kemaruk orang luar”

Namun, langit tidak selalunya cerah. Ujar wanita tersebut, perkahwinan mereka mula dilanda badai pada dua tahun terakhir yang akhirnya membawa kepada penceraian.

"Kami berdua memulakan proses penceraian awal 2022, dan perceraian dimuktamadkan pada November 2022.

"Saya terpaksa mengupah peguam kerana dia cuba mengalahkan saya semampunya. Ia benar-benar mencabar ditambah pula kami berdua mempunyai dua anak bersama-sama," kongsinya.

Ujar wanita berkenaan, ujian yang dihadapinya semasa dalam tempoh perkahwinan tidak habis setakat itu saja.

Sediakan hitam dan putih dalam sebarang keputusan. Bukan janji mulut.

PENGADU

Malahan wanita itu menambah, impak selepas penceraian lebih memberi kesan kepada dirinya meskipun sudah bebas daripada 'cengkaman' bekas suami.

"Saya, tiada ijazah, tiada wang, tiada pekerjaan, tiada pengkhususan dalam apa jua bidang setelah lapan tahun tinggal di rumah. Saya tidak dapat meneruskan perniagaan kerana saya tidak berkelayakan dalam bidang itu (penghawa dingin).

"Alhamdulillah saya berjaya membuka perniagaan baru yang lain dan bermula dari bawah. Moral daripada kisah saya, tolonglah wanita Malaysia, jika anda merancang untuk berkahwin dengan orang asing.

"Pertama, jangan sesekali melepaskan kerjaya anda. Anda mesti mempunyai pendapatan sendiri kalau boleh. Kedua, walaupun lelaki itu menjanjikan anda segala-galanya tetapi sila utamakan diri sendiri dulu.

MIX 2

Sebahagian luahan wanita berkenaan.

"Ketiga, jangan daftarkan perniagaan di bawah nama anda kerana dia akan menikam anda dari belakang dalam jangka masa panjang. Keempat,sediakan hitam dan putih dalam sebarang keputusan. Bukan janji mulut," katanya.

Pesanannya yang kelima adalah jangan sesekali melepaskan hak penjagaan anak-anak kerana peluang untuk mereka membawa anak pulang ke negara asal dan tidak kembali adalah sangat tinggi.

Luahan wanita ini dikongsikan di laman Twitter @abudialsagoff.

Tambah wanita tersebut, tujuannya membuat luahan bukanlah untuk meracuni fikiran atau menakutkan wanita lain, sebaliknya hanya mahu agar kisahnya diambil pengajaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain