suria

Tak perlu lagi tukar lampin ibu, beli sarapan tiada yang makan... anak sayu tengok bapa ‘sakit’ hilang isteri

Nasir menangis teresak-esak merindui isteri yang telah meninggal dunia.

SETIAP pertemuan pastinya berakhir dengan sebuah perpisahan.

Begitu juga kehidupan setiap pasangan berumahtangga yang mana hubungan mereka pasti berakhir dengan penceraian atau kematian.

Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki menangis teresak-esak di atas katil kerana mengenangkan isterinya yang meninggal dunia pada 16 Mei lalu setelah 40 tahun hidup bersama.

Menurut anaknya, Siti Nur Aqierah Mat Nasir, 27, dia sendiri tidak menyangka bahawa bapanya mengalami kesedihan seperti itu setelah kematian ibunya, Norlida Yaacob, 61 akibat penyakit pneumonia atau radang paru-paru.

“Sebelum ni macam biasa rutin harian abah, dia akan beli sarapan setiap pagi untuk mama. Tapi baru ni lepas mama dah tak ada, dia tetap beli dan letak atas meja dekat katil.

“Setiap hari lepas subuh abah akan keluar cari sarapan dah. Lepas balik rumah, dia akan buka makanan dan air siap-siap untuk mama. Kadang tu kalau mama tak lalu makan, dia akan suap sampai habis. Mama kena makan juga sebab nak kena ambil ubat kencing manis dan darah tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajal menanti... isteri ajak keluar hadap ‘jam’ rupanya nak cipta memori! Suami terkedu dengar balik rakaman suara dalam kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri 10 hari! Tak banyak kenangan tercipta, tak sempat bulan madu... solat bersama arwah suami jadi memori terindah

“Tapi kali ni dia balik tengok katil kosong... abah terus peluk bantal yang mama guna untuk tidur. Dia pun terus menangis masa tu. Sepanjang 27 tahun hidup tak pernah sekali pun tengok abah menangis dan sepanjang abah jaga mama masa sakit pun dia tak menangis teruk macam ni,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Menurutnya lagi yang senang disapa Ierah, bapanya, Mat Nasir Mamat, 65, menguruskan ibunya dengan baik sejak wanita itu tidak lagi mampu berjalan sendiri tujuh tahun lalu.

Malah, sepanjang hayat isterinya ketika sakit, Nasir menggalas tanggungjawab sebagai suami mithali seperti menjaga kebajikan sepenuhnya.

Ahli keluarga Ierah.

“Selepas mama terkena angin ahmar dulu dia sihat saja cuma tak boleh berjalan. Jadi setiap hari lepas balik kerja abah akan tukar pampers dan siapkan mama untuk solat. Waktu petang abah akan bawa mama duduk dekat tangga untuk ambil angin. Malam pula memang wajib abah urutkan kaki mama.

“Mungkin abah rasa sangat kehilangan mama sebab dia seorang yang caring. Selalu ambil berat fasal orang sekeliling dia. Dia pun seorang yang mudah terhibur dan selalu ketawa walaupun tengah tahan sakit. Selalunya selepas solat Isyak, abah dengan mama selalu berbual bersama.

“Seminggu selepas mama meninggal, abah nampak sugul jadi kami tak biarkan dia berseorangan. Dia duduk dengan kakak saya. Seorang ibu tunggal anak dua. Sekarang abah nampak okay sikit lepas kami (adik beradik) dan cucu banyak luangkan masa dengan dia,” katanya yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.

Kami ada belikan ibu telekung sempena hari ibu tapi tak sampai lagi lepas order.

SITI NUR AQIERAH

Video dimuat naik Ierah yang merupakan pengusaha butik di Kampung Jeram, Kelantan ini meraih lebih 700,000 jumlah tontonan.

Rata-ratanya turut bersimpati melihat rakaman dikongsikan apatah lagi melibatkan seorang warga emas dalam kesedihan.

Dalam pada itu, Ierah menjelaskan bahawa hasratnya dan enam lagi adik beradik lain ‘terkubur’ apabila tidak sempat untuk memberikan hadiah sempena hari lahir ibu pada 10 Jun akan datang.

Ierah (kiri) bersama ibu (dua, kiri) dan kakak-kakaknya.

“Kami ada belikan mama telekung sempena hari ibu tapi tak sampai lagi lepas order. Jadi lepas hari ibu tu kami semua putuskan nak bagi hadiah ni masa hari jadinya.

“Rupa-rupanya tak kesampaian juga hajat kami. Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih dekat semua yang mendoakan mama,” katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain