suria

Jumpa cacing dalam sardin, sebab belum gaji ibu terpaksa kutip satu persatu sebelum masak untuk anak

Beberapa foto dimuat naik menunjukkan sardin tin yang didakwa mengandungi cacing.

MASUK saja hujung bulan, mencatu makan atau berjimat cermat sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan kita.

Biasanya amalan ini dibuat oleh golongan bujang atau individu yang baru memulakan kehidupan sendiri yang mana poket hampir kering sementara menanti duit gaji masuk.

Malah, ada yang terpaksa makan mi segera atau makanan dalam tin sebelum gaji.

Begitulah yang dirasai pelayar di TikTok, Chef Tido namun nasibnya menjadi lebih malang apabila sardin dalam tin dibelinya didakwa penuh dengan cacing kecil.

Sardin dibeli didakwa memiliki cacing.

Sebagaimana dikongsikan dalam video, dia hanya menyedari kewujudan haiwan kecil itu ketika sedang memasak makanan tersebut.

“Nak masak sardin, dah la hujung bulan.

“Ini apa benda ya dalam sardin, cacing ke?” tulisnya yang memuat naik tujuh keping foto dalam video.

Kecewa dan sangsi dengan apa dilihat, dia cuba mengutip haiwan-haiwan tersebut untuk dibuang.

Kemudian, dia membasuh cacing tersebut setelah mengasingkannya dari kuah dalam tin sardin.

“Atas tudung (penutup) biru tu saya dah basuh siap-siap.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tak mahu jadi ‘sardin’, alami tekanan jiwa naik pengangkutan awam! Keluar rumah di Puncak Alam 5.15 pagi, 2 jam baru sampai ofis

ARTIKEL BERKAITAN: Lori bawa tin sardin terbalik, lebuh raya sesak lebih 3km

“Tak larat nak kutip dah, banyak lagi dalam kuali,” katanya.

Tambahnya lagi, disebabkan saiz cacing yang kecil, dia terpaksa memerhatikan dengan teliti ketika membuangnya sebelum menyambung memasak.

Sebagai seorang ibu dia tidak dapat membayangkan jika anak-anaknya termakan haiwan parasit tersebut.

Da menasihati orang ramai supaya memeriksa terlebih dahulu keadaan makanan dalam tin sebelum memasak.

“Kena tengok betul-betul baru perasan. Jangan main masak je.

“Kasihanlah dekat anak-anak kalau termakan binatang ni.

Tak larat nak kutip dah, banyak lagi dalam kuali.

CHEF TIDO

“Hati-hatilah setiap kali nak masak sardin dalam tin ye,” ujarnya lagi dalam video.

Menerusi ruangan kapsyen, wanita tersebut meluahkan rasa kesal dengan syarikat pengeluar produk tersebut yang dianggap mengabaikan tahap kebersihan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berkongsi pandangan mereka terhadap makanan ini malah terdapat pengguna mendakwa berdepan pengalaman sama dengan pengguna berkenaan.

“Baru teringin nak makan. Alamak takut pula.

“Sebab tu aku dah tak nak makan sardin.

“Saya pernah kena. Rasanya dah lima hingga enam tahun saya dah tak makan sardin,” demikian antara komen netizen.

Beberapa komen netizen pada video tular.

Namun, terdapat juga segelintir pengguna yang menganggap ia bukan cacing seperti yang didakwa.

“Rasanya tu bukan ulat. Kalau kita makan ikan sampai gigit tulang tu, perasan tak dekat tulang tu ada urat putih macam ni kalau kita patahkan tulang tu.

“Kak, ada sesetengah ikan sardin yang digunakan ada urat tulang ni,” kata pengguna tersebut.

Perkongsian itu tular sehingga memperoleh lebih 2.4 juta tontonan dan 90,000 tanda suka setelah disiarkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain