suria

“Abang, mak tak marah ke?” - Pemuda bikin gempak pegang papan seterika tepi pantai, ramai jatuh cinta keindahan Mersing

Aksi seperti ingin meluncur bersama 'papan luncur' mencuit hati warga maya.

PERKONGSIAN koleksi gambar percutian seorang pelayar Twitter di Mersing, Johor baru-baru ini ternyata mencuit hati warga maya.

Mana tidaknya, ‘papan luncur’ yang dipegangnya seolah-olah ingin pergi meluncur air, merupakan papan untuk menggosok pakaian.

Bagaimanapun, ramai juga yang langsung tidak perasan dia memegang papan seterika baju.

“Kali kedua tengok baru perasan dia pegang iron board.

Ciapan asal yang dibuat Naqiu di halaman Twitter miliknya.

Ciapan asal yang dibuat Naqiu di halaman Twitter miliknya.

I RT (retweet) lama dah, tapi baru perasan ada orang cakap dia pegang iron board.

I thought it was surfboard at first,” ujar beberapa pelayar Twitter di ruangan komen.

Bukan itu sahaja, keindahan panorama yang dirakam turut mengejutkan orang ramai malah penduduk setempat juga tidak menyangka Kepulauan Mersing mempunyai pantai dan air laut berwarna biru persis Maldives.

“Bagitahu aku sekarang, Mersing area mana. Atuk aku orang Mersing, dia bawa aku area Air Papan saja... tu pun laut warna teh tarik.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih tahu jaga adab, minta kebenaran sebelum pasang khemah... Perbualan dengan pakcik Terengganu buat ramai kagum!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar TESL, tapi handal tangkap gambar! Karya fotografi pemuda ini buat ramai terpesona, tak hairanlah dapat klien hebat dalam dan luar negara

“21 tahun ulang alik Mersing tak macam ni pun.

“Cantik pula pulau kat Mersing ni, boleh add to list nak pergi,” ujar beberapa netizen lagi.

Bercerita mengenai percutiannya itu, Mohamad Naqiuddin Zakaria berkata, dia dan rakan-rakan gemar meneroka lokasi tersembunyi atau ‘hidden gems’ serta berkhemah.

Apabila saya pergi ke sesuatu tempat, saya rasa rugi untuk tidak berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan tentang apa yang saya tengok dan lalui.

MOHAMAD NAQIUDDIN ZAKARIA

Pada masa sama dia meminati gambar-gambar pemandangan malam.

“Tujuan utama kat sana untuk ambil gambar milky way. Jadi untuk cipta kelainan dalam gambar, kami putuskan untuk buat gambar orang tengah iron baju tapi berlatar belakang bima sakti.

“Jadi kawan saya Yusufmadi bawa iron board dari Terengganu sebagai prop. Lagipun ia sekadar untuk bergembira bersama kawan-kawan jurugambar sahaja,” ujarnya kepada mStar.

Namun setibanya di lokasi yang dijanjikan, dia dan rakan-rakan mengakui terkejut dengan keindahan kawasan berkenaan.

Antara karyanya yang dipilih dalam pertandingan fotografi.

Antara karyanya yang dipilih dalam pertandingan fotografi.

Paling menarik adalah, Kepulauan Mersing itu masih terjaga rapi serta belum banyak pembinaan.

Malah, dia yang berasal dari Setiu menyamakan panorama di situ seperti di pulau-pulau Terengganu.

Berkongsi latar belakangnya, anak muda berusia 26 tahun ini merupakan seorang jurugambar.

Maka tidak hairanlah apabila setiap gambar yang dihasilkannya kelihatan cantik selain turut menjadi jurugambar pengantin.

Sebahagian hasil kreativiti Naqiu yang dikongsikan di Instagram miliknya.

Sebahagian hasil kreativiti Naqiu yang dikongsikan di Instagram miliknya.

Bagaimanapun dia bukanlah pelajar jurusan seni kreatif atau fotografi sebaliknya kejuruteraan mekanikal di sebuah universiti.

“Saya mula dengan fotografi sejak umur 21 dan sekarang gemar buat gambar perkahwinan sekitar Terengganu.

“Kadang-kadang saya buat trip foto ke luar negara,” ujarnya lagi yang pernah memenangi beberapa pertandingan fotografi anjuran pelbagai pihak.

Mengakui minatnya berbeza dengan apa yang telah dipelajari, dia yang mesra disapa Naqiu memberitahu, keinginan untuk meneroka perkara baharu mendorongnya menceburkan diri dalam dunia fotografi.

Naqiu bersama rakan-rakannya di Mersing.

Naqiu bersama rakan-rakannya di Mersing.

“Apabila saya pergi ke sesuatu tempat, saya rasa rugi untuk tidak berkongsi dengan keluarga dan kawan-kawan tentang apa yang saya tengok dan lalui.

“Jadi saya ambil jalan untuk menjadi seorang jurugambar supaya dapat berkongsi dengan semua orang.

“Minat ni semakin bercambah apabila saya menang dalam beberapa pertandingan fotografi yang disertai,” luahnya.

Dalam pada itu, Naqiu berkata, dia meminati semua genre dalam seni kreatif itu namun lebih cenderung ke arah landskap, pelancongan dan gaya hidup.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain