suria

Rider cuak hantar barang di rumah flat, keluar lif terus jumpa ‘alam’ lain! - “Saya ingat dah silap masuk rumah orang”

Koridor rumah yang dihias indah menjadi kejutan buat Afzal yang ditugaskan ke lokasi itu.

SEJAK menjadi rider Grab empat tahun lalu, Afzal Nisyam bagaikan sudah lali dengan pelbagai ragam pelanggan yang berurusan dengannya setiap hari.

Terbaharu, pemuda itu berdepan pengalaman unik apabila dia ditugaskan untuk menghantar kiriman ubat ke sebuah flat di sekitar Keramat pada Sabtu.

Sejurus keluar dari lif, Afzal, 29, mengakui terkejut melihat dekorasi ruang tamu lengkap dengan sofa dan meja makan, menyebabkan dia menyangka dirinya tersilap masuk ke dalam rumah orang.

"Flat itu terletak di kawasan Keramat. Saya naik lif macam biasa kerana perlu menghantar ubat. Ketika keluar lif, saya terkejut tengok sebab macam berada di ruang tamu.

"Saya ingat dah silap masuk rumah orang. Rupa-rupanya kawasan depan rumah dihias macam ruang tamu. Seingat saya level itu ada empat unit rumah.

Sini area Keramat. Perkara biasa depan rumah kami hias macam rumah. So raya senang.

NETIZEN

"Jadi, setiap unit itu dihias dengan sofa di kawasan luar rumah mereka. Selain itu, ada juga meja makan, lengkap dengan kipas siling lagi," ujarnya.

Menurut Afzal yang menetap di Kuala Lumpur, dia kagum melihat kawasan kejiranan itu yang disifatkannya unik dan berbeza dengan kediaman-kediaman lain.

"Bila tengok tu, saya kagum sebab kawasan luar rumah mereka di level itu sangat bersih. Ia dihias canti. Rasa kagum la.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sakit-sakit pun nak selesaikan ‘order’ dulu... Rider terlibat kemalangan dipuji amanah, siap panggil adik tolong sambung kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Rider bergenang air mata, tak sangka dapat motor baharu... Kisah bapa jalan kaki 8km teman anak pergi sekolah sentuh hati cikgu

"Cuma waktu tu saya tak sempat nak rakam habis. Saya hantar ubat di sana sekitar pukul 1 tengah hari, waktu tu tengah hujan," ujar bekas mekanik itu.

Dalam pada itu, video berkenaan yang dikongsi oleh kakak Afzal menerusi TikTok turut meraih lebih setengah juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan dekorasi itu, tak kurang juga penghuni sendiri yang tampil berkongsi cerita.

Netizen memuji sikap penghuni flat itu yang rajin membuat dekorasi luar kediaman masing-masing.

"Aku ingat dia masuk rumah. Rupa-rupanya koridor rumah je. Diaorang ni ada kerjasama ni.

"Bukan tingkat tu je dik. Setiap tingkat memang macam tu. Maksu aku duduk situ. Malam-malam dengar orang borak, karaoke.

"Sini area Keramat. Perkara biasa depan rumah kami hias macam rumah. So raya senang.

Afzal merupakan seorang mekanik sebelum dia bekerja sebagai rider.

"Area Keramat memang begini. Normal kejiranan yang rapat dan selalu buat makan-makan.

"Best flat macam ni. Senang kalau nak buat rumah terbuka, dah ada meja makan kat depan rumah," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain