suria

Kurma gred premium ada telur ulat! Lelaki dah makan banyak baru perasan - “Patutlah lembut dan manis”

Orang ramai disarankan untuk membasuh buah tamar sebelum dimakan.

APABILA tiba sahaja bulan puasa, buah kurma pasti menjadi hidangan pelengkap di atas meja sama ada untuk berbuka dan bersahur.

Maka tidak hairanlah apabila terdapat banyak pilihan kurma mengikut gred dan harga dijual dalam pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Namun sedarkah anda bahawa serangga dan parasit boleh 'bersarang' di dalam kurma atas pelbagai faktor.

Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang lelaki terkejut mendapati buah tamar yang dibelinya mengandungi larva atau berenga (maggot eggs).

Kurma merupakan makanan sunah yang dimakan oleh Rasulullah pada bulan puasa. - Gambar hiasan.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, dia memberitahu sudah memakan beberapa biji buah kurma tersebut yang dijual dalam bungkusan berkotak dilabel sebagai produk premium.

"Anda lepas ni berhati-hati ya (apabila) nak makan kurma. Walaupun murah RM10 sekotak, kena cuci betul-betul sebelum makan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat ‘game’ pembekal di bulan Ramadan! Jual nama ‘infaq’, kurma RM5 jadi RM50 sekilo... tauke senyum berduyun nak tambah pahala

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya bulan Ramadan, kurma sesuai dimakan sepanjang tahun... ini 5 khasiatnya yang patut anda tahu

"Kalau tak, jadilah macam saya ni. Makan dah banyak biji baru perasan ada maggot eggs macam dah jadi larva.

"Patutlah kurma ni lembut dan manis, rupanya..." ujarnya.

Jika diteliti pada foto yang dikongsikan, terdapat sejumlah telur larva yang matang dan bakal menjadi ulat di dalam buah kurma berkenaan.

Cis patutlah ada rasa rangup setiap kali makan. Rasanya sudah beribu serangga saya kunyah. Nasib sedap.

NETIZEN

Hingga kini hantaran tersebut meraih lebih 2,000 ulang kicau dan hampir 2,000 tanda suka setelah ia tular.

Semakan mStar di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut menyuarakan kebimbangan mereka dengan penemuan berkenaan.

"Sebab inilah saya tak makan kurma.

Komen netizen di TikTok.

"Dah terbaca ni nak kena cuci dan basuh pula dulu. Aduh sebelum ni telan je.

"Cis! Patutlah ada rasa rangup setiap kali makan. Rasanya sudah beribu serangga saya kunyah. Nasib sedap," kata netizen berkongsi pengalaman mereka.

Menjawab pertanyaan netizen berhubung keadaan kesihatannya selepas termakan kurma yang mengandungi maggot, lelaki itu memaklumkan keadaannya terkawal.

Tambah individu itu lagi dia turut mengambil pil anti-parasit sebagai langkah berjaga-jaga.

Hantaran dibuat oleh Public Health Malaysia sebelum ini.

Dalam pada itu dia turut mengulang kicau posting Twitter rasmi Public Health Malaysia sebagai peringatan kepada orang ramai tentang kurma yang mengandungi serangga.

"Jangan lupa mengopek dan membasuh buah kurma sebelum dimakan. Kita tidak tahu tahap kebersihan pengendalian kurma semasa ia dipetik dan dibungkus.

"Dalam buah kurma juga mungkin ada serangga kecil tersembunyi. Jangan bimbang, khasiat dan rasa buah kurma tidak akan hilang jika dibasuh," tulis pengendali akaun Twitter Public Health Malaysia memberi pesanan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain