suria

Anak sanggup berhujan beli menu idaman di bazar Ramadan... waktu berbuka terkebil-kebil tengok rangka ayam busuk, isinya biru hitam

Seorang ibu mendakwa rangka ayam yang dibeli anaknya di bazar Ramadan berbau busuk.

SIAPA yang pernah makan rangka ayam pastinya tahu kesedapannya sehingga menjilat jari.

Teksturnya yang rangup berempah atau goreng tepungnya pasti membuatkan ramai terliur.

Semestinya ia menjadi menu pilihan di bazar Ramadan yang sukar untuk dilepaskan.

Namun hasrat seorang anak untuk menikmati rangka ayam pada bulan Ramadan terbantut apabila makanan yang diidamkan berbau busuk hingga meloyakan tekak!

Berkongsi mengenai kisah sedih itu, seorang ibu berkata, anaknya sanggup meredah hujan bagi mendapatkan rangka ayam yang dihajati untuk juadah berbuka puasa.

"Cerita petang semalam. Anak berhujan pergi beli rangka ayam, teringin sangat katanya nak berbuka puasa dengan rangka ayam.

"Masa berbuka nak makan, tengok ayam hitam. Apabila koyak ayam tu, daging biru hitam dan berbau busuk sangat. Allahuakbar, tak tahu dah berapa hari agaknya," tulisnya menerusi satu hantaran di media sosial yang tular.

Ramai berkunjung ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. - gambar sekadar hiasan

Dakwanya, rangka ayam busuk itu dibeli dari sebuah gerai di bazar ramadan di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Beli nasi ayam, sampai rumah tengok-tengok dapat beras warna kuning! Netizen pesan jangan makan

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kena scam peniaga bazar Ramadan, tahan marah dapat murtabak rentung! - "Ni aku malas beli dah siap bungkus"

Menyuarakan kekesalan, ibu berkenaan sedih mengenangkan keadaan anaknya yang tidak berpeluang untuk merasai makanan yang diingini.

Dia berharap agar peniaga mengambil serius dalam mencari rezeki di bazar Ramadan dengan menjaga kualiti makanan yang dijual kepada pelanggan.

"Tolonglah peniaga, jangan buat macam ni. Sedih sangat bila terkena macam ni. Kasihan tengok anak terkebil-kebil masa berbuka depan rangka ayam busuk tu.

Nak berniaga biar lah ikhlas baru murah rezeki. Kasihan orang nak makan.

NETIZEN

"Rasanya kalau kena kat sesiapa pun mesti rasa kecewa macam kami juga. Demi Allah, bukan nak rosakkan periuk nasi atau nak malukan sesiapa. Tapi tolonglah, jangan buat macam ni lagi.

"Kalau benda tu dah basi, buang la. Jangan aniaya orang demi duit. Kasihan anak-anak.

"Rasanya kalau orang tua, dia akan tengok juga fizikal makanan, tapi kalau budak terus bayar je," kata wanita itu lagi.

rangka ayam busuk 2

Antara komen netizen.

Menerusi ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang kemarahan dan rasa kecewa terhadap peniaga yang menganiaya pelanggan di bazar Ramadan.

Malah, ada yang mendakwa terdapat segelintir peniaga menggoreng semula baki rangka ayam termasuk makanan lain yang tidak habis dijual bagi mengelakkan kerugian.

"Tak nak rugi, dia goreng balik ayam tu. Ramai buat macam tu.

"Busuk hati betul peniaga kalau jual makanan tak elok. Orang bayar untuk makanan. Kalau dah tahu pelanggan tak berapa ramai, masak je la sikit-sikit untuk setiap jenis.

"Bawa rangka ayam tu suruh peniaga tu makan, tengok apa reaksi dia. Biar dia malu nanti, tak ada lah dia buat hal lagi. Annoying betul peniaga macam ni.

"Allahu apa ni peniaga jual macam ni tak ikhlas. Nak berniaga biarlah ikhlas baru murah rezeki. Kasihan orang nak makan," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTub

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain