suria

Aduh, sampai kena check jantung! Budak lelaki terkedu dicium, ‘upah’ bagi akak TikToker pinjam belon buih

Kanak-kanak ini terkedu dicium seorang 'content creator'.

TRAUMA! Begitulah perasaan kanak-kanak lelaki ini apabila dicium oleh seorang wanita tidak dikenali.

Sebagaimana dikongsikan oleh @Shewina di TikTok, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berwajah muram selepas permainan belon buihnya dipinjam wanita tersebut.

Berdasarkan penjelasan dibuat di ruangan komen, wanita berkenaan yang dilihat memakai dress pendek meminjam permainan budak lelaki itu untuk membuat kandungan (content) di TikTok.

Bagaimanapun apa yang melucukan adalah reaksi budak lelaki itu yang terkedu selepas wanita berkenaan tiba-tiba memberikan ciuman di pipinya, barangkali cara dia mengucapkan terima kasih.

Bagi budak lelaki itu pula, berkemungkinan ini kali pertama dia berdepan pengalaman sedemikian.

“Member trauma kena kiss dengan perempuan tu.

“Perempuan tu nak pinjam belon untuk buat content TikTok,” jelasnya pada ruangan kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Hidu dalam-dalam, cium tuala arwah bapa buat lepas rindu... Ramai sebak tonton video anak manja ini - “Dud sayang papa!”

ARTIKEL BERKAITAN: Abang sepupu Datuk Seri Vida ke? Pemuda terkejut kena ‘cium’ malam raya, dalam sedih tetap gelakkan diri sendiri

Dalam video berdurasi pendek itu juga kelihatan seorang lelaki dewasa cuba menenangkan kanak-kanak itu yang sedang duduk bertenggek di tepi tembok sambil wajahnya nampak cemas.

Lelaki itu meletakkan tangan di bahagian dada kanak-kanak itu, seolah-olah cuba memeriksa degupan jantungnya.

Melihat kepada video yang dikongsi, kelihatan ramai individu bersuka ria bermain sambil beriadah pada waktu malam di sekitar Masjid Besar, Putrajaya.

Wanita ini dikatakan membuat kandungan di TikTok.

Malah, dapat dilihat wanita berkenaan menari-nari membuat content sambil menggunakan belon buih yang dipinjam dan aksinya itu dirakam seorang lelaki kelihatan seperti warga asing.

Pemilik akaun juga berkongsi satu lagi rakaman asal tanpa sebarang suntingan menjelaskan bahawa ini merupakan kali terakhir kanak-kanak ini menjejakkan kaki ke Putrajaya.

“Melaporkan bahawa ini merupakan kali terakhir mangsa menjejakkan kaki ke Putrajaya,” tulisnya membalas komen netizen.

Melaporkan bahawa ini merupakan kali terakhir mangsa menjejakkan kaki ke Putrajaya.

SHEWINA

Video yang dikongsikan ini meraih lebih 1.1 juta jumlah tontonan setelah disiarkan.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak ini yang terkedu dicium.

Komen netizen berseloroh di TikTok.

“Nasib aku hari-hari lepak sini tak kena kiss.

“Nak main belon jugalah dekat taman. Mana tahu ada orang nak pinjam.

“Jangan adik terlalu mengenang buruk padahnya. Cinta tu berat,” seloroh beberapa netizen di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain