suria

Abang sepupu Datuk Seri Vida ke? Pemuda terkejut kena ‘cium’ malam raya, dalam sedih tetap gelakkan diri sendiri

Perkongsian Haziq mengenai keadaan bibirnya pada pagi raya (kiri) dan semasa kejadian (kanan).

'DUGAAN malam raya kena sengat lebah.’

Begitulah kapsyen yang ditulis pada video jejaka sambil berlatarkan lagu Cahaya Aidilfitri dendangan artis veteran Handy Black, sesuai dengan nasib menimpa dirinya.

Berkongsi cerita kepada mStar, Fakri Syakirin memperincikan kisah disengat seekor lebah pada bahagian bibirnya sehingga menyebabkan benjolan besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini simpati nasib anak perantau tak dapat balik kampung... harap rendang, lemang percuma yang dihantar malam raya ubat kerinduan masakan ibu

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Abang ketupat’ tak marah motor kena hon kuat-kuat tengah jalan, pernah tersengih seorang diri gara-gara wanita hamil

“Dari siang hari lagi saya tolong famili masak macam-macam termasuk proses buat 100 batang lemang. Sampai ke malam kami sibuk buat persiapan raya.

“Malam tu saya pergi belakang rumah nak tolong goreng bahan-bahan untuk buat sambal goreng Jawa. Masa saya goreng kentang untuk kali terakhir tu tiba-tiba seekor lebah tu terbang hinggap dan ‘serang’ bibir.

“Bila kena sengat tu sakit sangat. Saya terus pergi dekat ibu untuk minta tolong cabut sengat yang agak besar tu,” jelasnya yang mesra disapa Fakri.

Menurut Fakri yang beraya di Felda Panching, Pahang, bibirnya bengkak dengan cepat setelah beberapa minit disengat.

Malah, jejaka ini turut bergegas ke klinik berdekatan yang dibuka 24 jam bagi mendapatkan rawatan susulan namun malangnya klinik tersebut telah tutup berikutan hari raya.

Tangkap layar keadaan bibir Haziq pada malam raya.

Tangkap layar keadaan bibir Haziq pada malam raya.

Jelasnya, dia berasa hampa dan sedih untuk berdepan dengan khalayak pada hari raya setelah melihat keadaan bibirnya di cermin.

“Lepas 10 minit kena sengat tu bibir jadi makin besar. Terus tak ada mood nak makan, minum pun kena pakai straw saja. Bahagian kena sengat tu tak sakit tapi bengkak tu yang agak rimas.

“Sebelum ke klinik saya ada sapu minyak dan telan ubat bengkak. Saya pergi klinik tu sebab nak ambil suntikan tapi dah tutup pula masa saya sampai tu jadi saya balik rumah dan tidur saja.

Haziq tetap beraya walaupun terdapat benjolan pada bahagian bibirnya disebabkan sengatan lebah.

Haziq tetap beraya walaupun terdapat benjolan pada bahagian bibirnya disebabkan sengatan lebah.

“Bila tengok muka dekat cermin rasa nak gelak dekat diri sendiri tapi rasa sedih pun ada sebab terfikir macam mana nak beraya rumah saudara mara nanti. Tapi saya fikir tak apa teruskan saja beraya dengan pakai mask (pelitup muka) nanti,” katanya.

Berikutan video yang menjadi tular sehingga meraih hampir setengah juta jumlah tontonan pada malam raya, jejaka ini menerima lebih 3,000 komen di TikTok.

Beli air dekat gerai bazar yang banyak lebah tu eh?

NETIZEN

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib jejaka ini dan dalam masa yang sama mereka terhibur setelah melihat saiz bibir jejaka ini.

“Beli air dekat gerai bazar yang banyak lebah tu eh?

Komen beberapa netizen mengenai video yang tular.

Komen beberapa netizen mengenai video yang tular.

“Abang sepupu Datuk Seri Vida ke?

“Bang kau geletek ulu hati aku secara tak sengaja bang. Maaf zahir dan batin,” antara komen beberapa netizen.

“Saya post video dekat TikTok tu sebab saya sendiri tengok pun rasa kelakar jadi bila tengok komen netizen tu pun mereka terhibur dalam masa sama mereka turut kasihankan diri ni. Saya OK saja dengan komen mereka.

“Pengalaman ni buat saya sedih juga sebab tak dapat makan macam biasa dan agak sukar tapi saya tetap beraya sebab dah lama tak raya ramai macam ni,” luah Fakri setelah berkongsi pengalamannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain