suria

“Top search IG nama bekas kekasih dia” - Malang nasib isteri suami selalu stalk ex-GF, dah banyak petanda dia tak boleh ‘move on’

Berkecai hati seorang isteri apabila suaminya masih berhubung dengan bekas kekasih. -Gambar hiasan

FASA awal sesebuah perkahwinan ada kalanya diuji dengan kepercayaan yang rapuh terhadap pasangan.

Kisah lalu juga menjadi faktor kerana ia boleh menghantui hubungan pasangan suami isteri yang baru dijalinkan.

Begitulah luahan tanpa nama seorang wanita di Twitter apabila suaminya dilihat masih menyimpan perasaan terhadap bekas kekasih.

Ciapan asal di laman Twitter

"Saya dan suami dah hampir setahun berkahwin. Lepas saya kawin dengan dia saya dapat tahu dia masih simpan gambar-gambar kenangan dengan bekas kekasih dia.

"Lepas tu top search di Instagram dia ada username bekas kekasih dia tu. Dia tak follow pun akaun Instagram bekas kekasih dia tapi bila saya tengok direct message (dm), dia masih selalu reply story perempuan tu.

"Maksudnya dia selalu la stalk bekas kekasih dia kan. Walaupun cuma tegur biasa-biasa je, saya masih rasa cemburu," ujar wanita itu dalam luahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang, ambil cuti sama dengan awek satu ofis! Isteri tahan nangis walau sedih, takut kena marah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kau hanya tempat persinggahan!” - Ayat padu abang Grab buat wanita ini buka mata, sia-sia curah kasih sayang pada lelaki curang

Wanita tersebut pernah bertanyakan kepada suaminya mengenai perihal itu dan jawapan yang diterima adalah mereka hanya berkawan biasa.

"Saya pernah tanya suami kenapa masih berhubungan dengan bekas kekasih, jawapan dia kawan biasa je tak ada apa pun.

"Gambar-gambar lama tu pun dia simpan je tak ada la sampai meratapi sebab rindu ke apa, dia terus buang semua gambar lepas saya tegur tu.

Kalau tak boleh move on lagi jangan la kahwin dengan orang lain, buat seksa je.

NETIZEN

"Lepas tu baru-baru ni kantoi dengan saya dia simpan perbualan dia dengan bekas kekasih di WhatsApp, kali terakhir berhubung beberapa hari lepas.

"Tapi dia archived kan macam nak sorokkan dari saya tapi saya dapat tahu juga, memang naik angin saya, terus dia delete conversation WhatsApp perempuan tu.

"Sempat saya 'paw' dia beg tangan jenama untuk pujuk saya," ujar wanita itu.

Wanita tersebut memaklumkan bekas kekasih itu merupakan cinta pertama suaminya dan mereka menjalinkan hubungan percintaan selama hampir enam tahun.

Runsing dengan situasi yang dihadapinya, wanita itu meminta pendapat warga maya cara yang terbaik untuk menangani isu rumah tangga tersebut.

"Saya nak tanya, normal ke suami berhubungan dengan bekas kekasih dan anggap macam kawan biasa? Dan kenapa kena simpan gambar bekas kekasih lagi?

Ciapan balas sebahagian warga maya.

"Sekarang ni saya rasa cemburu dan was-was dengan suami saya sendiri," kata wanita itu meminta pandangan.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berpendapat perkara itu boleh membawa kepada kecurangan dalam rumah tangga mereka.

"Senang cerita, lelaki begini memang tak boleh nak lupakan cinta pertama dia. Kalau sekadar simpan memori lama, itu biasa.

"Tapi kalau masih berhubung, nasihat la dia untuk jaga batasan. Asalkan jangan provoke tuduh dia curang.

"Kalau tak boleh move on lagi jangan la kahwin dengan orang lain, buat seksa je," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain