suria

Isteri nampak macam budak sekolah, masa nak bersalin suami cuma mampu gelak nurse kata ‘panggil ayah masuk’

Foto tengah Mizi (kiri) bersama anak perempuan, manakala gambar kanan adalah isterinya.

GARA-gara berkongsi video bersama isteri dan anak perempuan di sebuah majlis, seorang lelaki dihujani pelbagai pertanyaan mengenai status kedua-dua mereka.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tidak mempercayai isterinya kelihatan lebih muda dari usianya sehingga disangka sebagai adik-beradik dengan anaknya sendiri.

"Isteri nampak muda, macam budak sekolah."

"Isteri macam belasan tahun, lagi nampak muda daripada anak."

"Anak dengan mak adik-kakak ke?" demikian antara komen-komen netizen.

isteri macam budak sekolah 4

Mizi bersama isteri

Berkongsi cerita kepada mStar, lelaki berkenaan, Mizi Al Hafiz berkata, ramai pengikut bertanyakan tentang usia sebenar dirinya ketika bersiaran langsung di aplikasi TikTok.

"Dekat live TikTok, ramai tanya umur saya berapa. Bila saya beritahu sudah berumahtangga dan ada anak, ramai ingat saya bergurau.

"Jadi, saya buat video tunjuk isteri dan anak sebab ramai ingat saya bergurau. Bukan perkara baru, biasa dah orang cakap isteri nampak muda macam adik-beradik dengan anak," katanya yang berusia awal 40-an ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak panggil pakcik atau abang? Pemuda ini 'sentap sikit' bapanya disangka anak gara-gara nampak lebih muda, fit

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh video TikTok 4 generasi, betul ke dua daripadanya mak dengan anak? - "Kasihan kat dia, macam tak boleh terima hakikat"

Mizi berkata, isterinya berusia awal 40-an, manakala anak perempuan di dalam video yang tular merupakan anak angkatnya berumur 20-an dan belajar di institut pengajian tinggi (IPT).

isteri macam budak sekolah 2

Mizi bersama anak angkat.

Menganggap anak angkatnya seperti anak sendiri, Mizi bagaimanapun menjelaskan tiada rahsia awet muda mengenai isterinya yang kelihatan seperti budak sekolah.

"Tak ada rahsia awet muda, cuma mungkin kami bertubuh kecil. Jadi tak nampak sangat aging (penuaan). Tinggi saya 160 sentimeter (sm) je dan saya kurus, isteri pula sekitar 155sm.

"Isteri nampak macam budak sekolah sebab memang saya nak isteri pakai tudung macam budak sekolah yang tak terlalu berfesyen. Isteri pun tak pakai mekap dalam video tu.

"Isteri memang jenis tak pakai mekap. Kalau pergi ke majlis-majlis pun, dia pakai mekap nipis je," ujarnya yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan.

isteri macam budak sekolah 6

Isteri bersama anak-anak.

Turut disangka lebih muda dari usia, Mizi berkongsi peristiwa di dewan bersalin bersama isterinya Suhaiza Aziz yang merupakan pengarah filem, ketika menyambut kelahiran salah seorang anak mereka.

"Masa saya nak sambut anak keluar pun, jururawat cakap suruh panggil ayah masuk. Isteri saya hanya gelakkan saja.

Tak ada rahsia awet muda, cuma mungkin kami bertubuh kecil. Jadi tak nampak sangat aging

MIZI AL HAFIZ

"Isteri cakap, 'inilah suami saya, ni la bapanya (kepada bayi)'. Bila misi cakap macam tu, saya gelak je," ujarnya secara berseloroh sambil menambah anak-anaknya masih belajar.

Berpengalaman sebagai pegawai navigasi di sebuah syarikat perkapalan selama 20 tahun, Mizi mengakui jarang bertemu dengan isteri dan anak-anak.

isteri macam budak sekolah 7

Mizi berpengalaman sebagai pelaut selama 20 tahun.

Tambah Mizi yang juga ahli perniagaan, dia akan menghabiskan masa dengan melancong bersama keluarga sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian.

"Paling lama masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), saya berada di atas kapal selama sembilan bulan di United Kingdom sebab tiada orang nak ganti.

"Biasanya tempoh belayar antara empat hingga enam bulan. Jadi bila ada kesempatan bersama keluarga, kami akan melancong bersama," katanya.

Video yang dikongsi Mizi di TikTok meraih hampir sejuta tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain