suria

“Penting ke kau nak pukul muka anak aku?” - Ibu tengking guru di sekolah, berang hukum murid cara kasar dengan buku

Tangkap layar video rakaman pertemuan seorang ibu pelajar dengan seorang guru.

KECOH mengenai video yang tular di media sosial berkaitan dakwaan seorang guru memukul muka seorang pelajar menggunakan buku.

Menerusi rakaman berdurasi hampir lima minit itu, kedengaran seorang wanita dipercayai ibu kepada pelajar berkenaan sedang bersemuka dengan pihak sekolah mengenai insiden berkenaan.

Kelihatan daripada video berkenaan adalah guru wanita dipercayai individu yang bertanggungjawab terhadap perlakuan berkenaan serta seorang lelaki dipercayai pengetua sekolah.

Difahamkan, guru tersebut menghukum pelajarnya itu tidak membawa rekoder untuk menduduki ujian amali bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik.

Walaupun guru tersebut membuat permohonan maaf, si ibu bertubi-tubi mempersoalkan tindakan memukul anaknya di bahagian muka.

"Macam buku tu dia (cikgu) tepuk. Nanti mama nak tepuk muka cikgu... sepuk muka cikgu," kata wanita berkenaan yang meminta anaknya melakonkan semula kejadian yang berlaku.

"Buatlah!" balas guru berkenaan secara spontan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulut celupar bawa padah! Ibu serang guru, berang anak dirotan gara-gara cikgu dipanggil pondan, "Masa saya pukul kenapa tak minta maaf terus"

ARTIKEL BERKAITAN: Calon SPM bingung fikirkan motif guru hantar mesej kasar, minta penjelasan tapi kena block! Lebih parah cikgu lain kecam berjemaah!

Enggan meneruskan pertengkaran, guru berkenaan memaklumkan bahawa ibu pelajar tersebut mempunyai banyak pilihan untuk menyelesaikan isu membabitkan anaknya.

"Jadi selepas ni banyak je pilihan yang ada. Saya boleh je tak nak ajar dia, boleh suggest kat cikgu-cikgu lain untuk ajar dia. Atau dia boleh pindah sekolah," katanya.

Si ibu bersetuju dengan cadangan tersebut kerana tidak mahu guru berkenaan masih mengajar anaknya.

"Saya pun lagi tak nak ajar," jawab guru tersebut.

cikgu tepuk pelajar 3

Antara luahan netizen berhubung video yang tular.

Guru itu turut mengakui terdapat beberapa pelajar lain yang dipukulnya di atas beberapa sebab seperti tidak membawa buku sekolah.

"Daripada awal lagi saya dah kata, memang itu salah saya... minta maaf," katanya.

Rotan pun tak kisah. Kena berdiri ke kena apa ke tak ada nak marah.

IBU PELAJAR

Masih dipersoalkan alasan anaknya dipukul, guru itu tampil menjelaskan bahawa pelajar berkenaan bersikap biadab.

"Penting ke kau nak pukul muka anak aku? Kau cikgu, kau ada pelajaran, belajar tinggi-tinggi tapi bodoh. Kau pukul muka dia dengan buku macam tu.

"Anak kau kalau kena pukul dengan buku, macam mana kau nak buat? Nak kata 'terima kasih cikgu sebab pukul muka anak saya'," balas si ibu.

cikgu tepuk pelajar 2

Cadangan bagi menggantikan hukuman memukul di bahagian muka.

Wanita itu berkali-kali menegaskan bahawa dia tidak kisah sekiranya anaknya dihukum di atas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan, tetapi bukan memukul di bahagian muka.

"Rotan pun tak kisah. Kena berdiri ke kena apa ke tak ada nak marah.

"Tapi ni muka kau pegang, banyak kurang ajar!," katanya.

Video asal yang dikongsikan di aplikasi TikTok bagaimanapun telah dipadam, namun kini telah tersebar di semua platform media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi.

Turut difahamkan, video berdurasi hampir lima minit itu merupakan sebahagian daripada rakaman penuh pertemuan ibu pelajar tersebut dengan guru dan pengetua sekolah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain