suria

Isteri tak tidur malam fikir gambar lucah, foto ex-GF dalam folder rahsia laptop suami... ramai saran ‘angkat kaki’

Suami wanita tersebut bukan sahaja masih menyimpan gambar kekasih lama malah gambar-gamabr lucah. Gambar hiasan

PERKAHWINAN sememangnya penuh dengan cabaran.

Meskipun bertahun-tahun menyulam cinta sebelum bernikah, hubungan suami isteri tidak sah jika tidak melalui episod 'pasang surut' lebih-lebih lagi apabila sikap sebenar masing-masing terserlah selepas tinggal sebumbung.

Begitu juga kisahnya dengan wanita ini yang sedang dalam dilema selepas mengetahui suami yang dikahwini beberapa bulan lalu, masih tidak boleh meninggalkan 'perangai lama'.

SUAMI 1

Luahan wanita tersebut yang dikongsikan di Twitter.

"Saya baru berkahwin dan baru masuk bulan keempat kami berkahwin. Saya tahu kisah lama 'darkside' suami saya sebelum kenal dia. Baru-baru ni saya buka komputer suami untuk tengok Netflix.

"Entah macam mana saya tertekan file borang-borang kahwin yang kami pernah selesaikan dulu dan terkeluar back-up folder phone suami. Gambar lama-lama. Ada gambar ex dia dan gambar perempuan Melayu tunjuk boobs dan half naked.

ARTIKEL BERKAITAN: BFF suami asyik nak berkepit! Tak puas jumpa di pejabat, malam ajak lepak pula... Netizen syak ada sejarah hubungan songsang

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas suami selalu diganggu BFF berstatus isteri orang, asyik kena dengar ‘drama’ rumah tangga perempuan lain

"Saya tak pasti tu siapa. Tak banyak tapi ada beberapa. Saya tak sanggup nak scroll lagi ke bawah sebab jantung berdegup laju gila time tu," kongsinya menerusi mesej yang dikongsikan di Twitter @twtmalaywedding.

Menurut wanita tersebut, dia tidak menyangka suaminya masih tidak berubah dan tindakan lelaki tersebut yang masih menyimpan gambar bekas kekasih serta gambar-gambar lucah membuatkan dirinya mula tidak sedap hati.

SUAMI 2

Selain gambar bekas kekasih, folder tersebut turut mengandungi gambar lucah wanita lain. Gambar hiasan

"Saya kalau boleh nak minta dia delete gambar tu sebab kesiankan perempuan tu aib dan possibility untuk dia tengok gambar tu ada.

"Dan saya persoalkan juga kenapa dia nak simpan gambar macam tu lagi. Gambar ex pun simpan lagi ye. Saya terima dia seadanya tapi kenapa simpan lagi gambar-gambar lama," luahnya.

Tambahnya, dia ingin berterus terang mengenai perkara tersebut kepada suaminya namun dalam masa yang sama enggan mengeruhkan keadaan memandangkan mereka pernah 'berperang' ketika mula-mula berkahwin tidak berapa lama dahulu.

"Patut saya diam dan delete je gambar tu tanpa pengetahuan dia? Kalau terus-terang takut jadi gaduh sebab bulan puasa hari tu selalu gaduh yang agak teruk.

Porn is addicted. Kalau bincang sekarang, dia akan minta maaf bagai nak rak dan janji takkan ulang lagi.

NETIZEN

"And honestly bila tengok 'gambar' tu, saya jadi insecure dengan badan sendiri. So patut ke tak saya terus terang? Boleh minta pendapat yang lain. I need help. Tak boleh tidur malam," luahnya lagi.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil dengan cadangan untuk membantu menyelesaikan dilema yang dihadapi wanita tersebut.

Bagaimanapun segelintir daripada warga maya menyarankan agar wanita tersebut 'angkat kaki' untuk mengelakkan masalah lebih besar atau berterusan makan hati.

KOMEN

Antara komen yang disuarakan netizen mengenai masalah yang dihadapi wanita tersebut.

"Porn is addicted. Kalau bincang sekarang, dia akan minta maaf bagai nak rak dan janji takkan ulang lagi. Tunggulah kemudian hari, dia akan buat lagi. Awal lagi untuk angkat kaki, nanti ada anak lagi susah.

"Kumpul bukti banyak-banyak. Minta cerai. You can choose your partner, but your children cannot. Nak ke anak in future ada bapa macam tu?

"Kes ni sama dengan my friend which is baru beberapa bulan kahwin and buat perangai gitu. Sama. Dan kawan saya dah tuntut cerai minggu ini sebab selepas dah bincang bagi peluang semua, suami dia berterusan buat selepas tu sorry dan ulang lagi," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain