suria

BFF suami asyik nak berkepit! Tak puas jumpa di pejabat, malam ajak lepak pula... Netizen syak ada sejarah hubungan songsang

Kisah hubungan baik antara dua lelaki itu tular di laman Twitter. Foto: Freepik/Tirachardz

SETIAP pasangan yang berkahwin pastinya tidak terlepas dibadai dengan ujian.

Begitu juga dengan wanita ini yang mengakui rimas dengan kehadiran 'orang ketiga' dalam rumah tangganya.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, dia rimas dengan kehadiran seorang lelaki yang juga rakan baik suaminya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi bermesej dengan awek ramping, 2 bulan kemudian isteri meninggal! Suami remuk hati periksa handphone, troli Shopee arwah

ARTIKEL BERKAITAN: Saluran bongkar pasangan curang ‘panas’, raih jutaan tontonan... ramai mahu teman istimewa mereka diuji

"Saya baru je berkahwin dan mengandung sekarang ni. Alahan saya teruk dan emosi sangat tak stabil. Saya bukan nak meluah fasal suami, saya nak cerita tentang kawan baik suami saya.

"Orangnya terlalu clingy ke apa pun saya tak tahu nak cakap. Dia memang dah lama kawan dengan suami saya. Kawan waktu susah senang katanya. Saya faham bab tu, cumanya dia ni jenis tak faham orang dah dirikan rumah tangga.

"Hari-hari ajak suami saya lepak. Suami saya pula jenis serba salah nak cakap tak, jadi selalu la suami saya bawa saya lepak sekali," ujar wanita itu.

file7kd2m0tzfe8lw6qk8hd

Kata wanita itu, dia rimas apabila turut dibawa keluar melepak bersama rakan baik suaminya. (Gambar Hiasan)

Imbas wanita itu lagi, dia kurang senang dengan topik-topik tempat kerja yang dibangkitkan rakan baik suaminya ketika mereka keluar bersama.

Suaminya juga pernah menolak pelawaan lelaki itu untuk keluar melepak, namun dia tetap datang ke rumah mereka tanpa diundang.

"Dia ni dengan suami saya satu tempat kerja. Hari-hari la saya dengar dia mengadu pasal tempat kerja sampai saya rimas. Bayangkan waktu kerja dah jumpa suami saya, balik kerja ajak suami saya lepak.

"Suami banyak kali juga cakap tak nak lepak kat dia, tapi dia ni jenis tak faham bahasa. Dia boleh selamba datang rumah kami lepak," ujarnya lagi.

Sama ada suami dia pernah jadi gay atau kawan dia gay atau kawan dia jatuh cinta dengan suaminya.

NETIZEN

Tambah wanita itu, kedatangan rakan baik suaminya ke rumah turut menjadi punca pertelingkahan dia dan suami, sekaligus membuatkan dia berasa serba salah.

"Beberapa hari lepas saya tengah ada masalah dengan suami. Ingat nak bincang suami isteri lepas balik kerja. Baru je nak berhadapan dengan suami kat rumah, tiba-tiba mamat ni buka pintu rumah. Bawa kawan seorang lagi.

"Lepas tu ajak suami saya keluar makan. Ya Allah rasa marah betul saya masa tu. Apabila dah habis lepak tu saya bergaduh la dengan suami, kenapa bagi kawan tu datang waktu kita nak bincang masalah?

"Saya termarah suami sebab ingat dia bagi je kawan datang. Bergaduh besar saya dan suami. Rupa-rupanya mamat tu mesej suami, dan suami cakap terang-terang kat dia jangan datang sebab tengah nak selesaikan masalah dengan saya.

gay1

Antara andaian yang dibuat sebilangan pelayar Twitter.

"Mamat tu yang degil datang juga. Saya rasa serba salah kat suami sebab mengamuk malam tu. Kawan dia yang salah sebab tak tahu sempadan. Dia ni jenis kalau telefon lepas tu suami saya tak angkat, dia akan telefon saya. Sampai la suami saya balas mesej atau telefon, baru dia berhenti," cerita wanita itu lagi.

Tambahnya, lelaki itu juga sering memberi nasihat yang tidak perlu kepadanya, sekali gus membuatkan dia tertekan dengan keadaan sekeliling.

"Dia sibuk nak nasihat kat saya yang dia kenal suami saya, suami saya ni tak boleh stres la apa. Saya cakap kat dia, saya ni kenal suami saya macam mana. Lepas tu dia boleh cakap dia kenal suami saya lagi lama.

"Ya Allah geramnya dengar. Saya sedar dia memang banyak bantu suami masa dia susah sebelum kahwin. Tapi sekarang biarlah saya pula susah senang dengan suami. Saya pun nak ada masa berdua dengan suami selain daripada waktu tidur je.

"Saya dengan suami sampai dah buntu tak tahu nak elak kawan dia ni macam mana lagi," ujarnya dalam luahan yang meraih lebih 4,500 ulang kicau (retweet) menerusi Twitter @twtmalaywedding.

274491647_503063091318104_2359789634384264903_n

Netizen mengaitkan kisah wanita berkenaan dengan drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan Aaron Aziz dan Gambit Saifullah.

Dalam pada itu, posting berkenaan turut dihujani pelbagai komen dan spekulasi, termasuklah yang membuat andaian bahawa lelaki tersebut pernah mempunyai hubungan songsang dengan suaminya.

"Sama ada suami dia pernah jadi gay atau kawan dia gay atau kawan dia jatuh cinta dengan suaminya.

"Mungkin dulu suami dia pasangan kepada kawan dia tu.

"Saya pun fikir macam tu, kedengaran macam kekasih gelap," tulis beberapa netizen di Twitter.

Tambah netizen, kisah hubungan erat dua lelaki itu mengingatkan mereka akan drama kisah hubungan songsang berjudul Suamiku Lelaki Pendosa lakonan Datuk Aaron Aziz dan Gambit Saifullah yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain