suria

Lelaki gersang sanggup bayar RM5,000 ajak gadis video call, dakwa artis wanita ‘sendu’ pun pernah terima tawarannya

Gadis yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual membuat pendedahan di media sosial pada Selasa.

GANGGUAN seksual bukan sahaja berlaku secara fizikal, sebaliknya ia turut berlaku secara maya.

Terbaharu, seorang gadis membuat pendedahan mengenai dirinya yang menjadi mangsa gangguan seksual menerusi laman Instagram.

Menurut Zana Halme, 24, dia menerima direct message (DM) daripada seorang lelaki pada Isnin malam dan ia merupakan kejadian pertama yang pernah dialaminya.

zana2

Tangkap layar DM lelaki tersebut dengan Zana yang dikongsi ke Twitter.

"Sebelum ini saya tak pernah kena ganggu. Ini kali pertama berlaku. Sejujurnya saya rasa terkejut, sebelum ini hanya baca pendedahan mangsa-mangsa lain, kali ini diri sendiri yang kena.

"Saya terkejut sebab ada orang yang sanggup buat permintaan bukan-bukan. Rasa menggigil sikit, takut tu memang ada. Tapi saya jadi tertanya-tanya, kenapa dia nak buat benda macam tu.

"Walaupun kita cakap tak nak layan, dia masih nak teruskan. Akhirnya saya report akaun Instagram dan block lelaki tu," ujarnya ketika dihubungi mStar.

Senang disapa Zana, gadis yang menetap di Selangor itu mengakui jijik dengan modus operandi lelaki itu apabila menggunakan wang untuk menarik perhatiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Aksi lucah dalam kereta dekat pagar sekolah cetus kebimbangan ramai

ARTIKEL BERKAITAN: Kejadian raba wanita di Cyberjaya... pakar kongsi hak perundangan mangsa gangguan seksual perlu tahu

Biarpun ditawarkan wang berjumlah RM2,000 ke RM5,000, Zana berkata dia langsung tidak terpedaya, malah mengambil tindakan untuk membongkar perbuatan itu di Twitter sebagai peringatan buat kaum Hawa di luar sana.

"Bila dia tawarkan duit, saya memang tak percaya. Zaman sekarang terlalu banyak penipuan berkaitan wang. Dia ingat kita akan termakan dengan tawaran duit dia. Saya cuma nak pesan kepada pelaku, carilah kerja yang berfaedah.

"Pada masa sama, saya risau sekiranya dia cari mangsa lain di Instagram. Saya sendiri ada adik perempuan, sepupu perempuan. Saya risau jika dia follow Instagram perempuan lain dan tawarkan benda yang sama.

"Jadi, saya ambil keputusan untuk upload screenshot mesej dia ke Twitter dan WhatsApp supaya orang lain tak tertipu atau follow akaun dia.

"Kepada kaum Hawa, kalau boleh kita jangan cepat terpedaya. Kalau ada orang baru follow media sosial kita, sila semak dulu. Kalau rasa was-was, report terus je.

Dia ingat kita akan termakan dengan tawaran duit dia. Saya cuma nak pesan kepada pelaku, carilah kerja yang berfaedah.

ZANA

"Saya dulu akaun Instagram tak private, lepas kejadian ni terus private. Mujur dia tak hantar gambar bukan-bukan. Kalau tak, mungkin saya tak teragak untuk lapor pada polis," ujarnya lagi.

Dalam tangkap layar DM tersebut, pemuda berkenaan pada awalnya menawarkan Zana RM2,000 untuk membuat panggilan video, namun nilai itu kemudiannya dinaikkan kepada RM5,000.

Ujar pemuda itu, Zana tidak perlu membuat apa-apa, sebaliknya hanya menjadi penonton kepada aksi yang bakal dibuat olehnya dalam panggilan video berkenaan.

Lebih panas, pemuda itu turut menghantar satu tangkap layar, mendakwa dia pernah membayar seorang artis wanita tidak popular untuk melakukan aksi sama.

zana3

Antara komen netizen di Twitter.

Paling jijik, pemuda itu turut mendesak gadis berkenaan untuk menerima tawarannya kerana dia gersang akibat lama tidak beronani.

Pendedahan dibuat Zana menerusi Twitter turut meraih perhatian ramai, malah beberapa individu mendakwa pernah diganggu lelaki sama.

"Mamat ni dari dulu la orang dok viral kan. Masih pakai nama sama lagi ek. Gambar tu pun gambar rembat orang je tak ingat apa username owner. Memang scammer pun. Dulu viral dia offer RM800 pun dia scam apatah lagi RM2,000 ke RM5,000.

"Oh mamat ni. Dah pernah nampak orang post pasal dia ni juga. Last year tak silap. Benda yang sama juga dia buat. Tapi tak pastilah dorang report ke tak.

"Dia dah lama dah buat benda ni. Ingat dah pupus," tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain