suria

Bukit tak dapat tampung air, tiada penambat didakwa punca Tasik Kenyir dipenuhi balak... bencana alam akibat tangan manusia rakus!

Sebahagian kawasan di Tasik Kenyir dilimpahi dengan sisa kayu dan pokok.

"SAYA hanya mampu lihat, bencana demi bencana yang datang. Sedih... Tasik Kenyir," luah Sabrina Syed menerusi halaman Facebook rasminya pada Selasa.

Difahamkan, kenyataan pemilik nama sebenar Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil itu merujuk kepada beberapa kejadian bencana yang berlaku di sekitar Terengganu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Sedang menanti bantuan pihak penyelamat" - Mangsa banjir akui bencana terburuk berbanding 2014

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis sanggup gadai nyawa demi ibu, berpaut pada jambatan runtuh akibat banjir

Kenyataan ringkasnya bersama video berdurasi 29 saat mengundang pelbagai rekasi netizen, selain dikongsi lebih 700 pelayar Facebook.

Menerusi video tular itu, kelihatan sebahagian kawasan Tasik Kenyir, Terengganu dipenuhi sisa kayu yang dipercayai dihanyutkan air dari atas bukit berhampiran.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa kejadian tersebut terjadi disebabkan pembalakan di hutan sekitar Tasik Kenyir.

Salah seorang netizen menyifatkan bencana yang berlaku itu adalah peringatan daripada Tuhan ke atas manusia yang rakus.

"Allahu! Kadangkala Allah nak tunjukkan kerosakan dek tangan-tangan rakus dengan cara yang semua manusia akan merasai kesannya.

"Kalau tak ada hujan, mungkin tak 'timbul' kesan-kesan pembalakan ni di Tasik Kenyir. Wallahualam," coretnya ringkas di ruangan komen

Kebanyak netizen meluahkan rasa sedih dengan keadaan yang berlaku.

Kebanyak netizen meluahkan rasa sedih dengan keadaan yang berlaku.

Seorang lagi netizen menzahirkan rasa sedih melihat keadaan bencana yang berlaku dan berharap 'pelaku' diberikan hidayah.

"Astaghfirullah... Sedih tengok. Kita hanyalah rakyat marhaen, tiada pangkat, tiada kedudukan. Hanya Mampu mengangkat tangan berdoa kepada Yang Maha Pencipta.

"Semoga mereka yang terlibat dibukakan pintu hati melihat kerosakan yang terjadi kesan perbuatan mereka sendiri. Mereka yang diberi amanah tidak menjalankan amanah Allah swt," luahnya sedih.

Seorang lagi netizen mengatakan 'Bukan masalah bencana alam tapi bencana terhasil dari tangan manusia juga. Manusia yang merosakkan alam... selagi ada orang-orang kaya, rang-orang politik tahi memang akan selalu bencana berlaku'.

Pemandangan dari udara di sekitar Kampung Dendang, Terengganu. Gambar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.

Pemandangan dari udara di sekitar Kampung Dendang, Terengganu. Gambar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.

Rashima Ramli yang turut meninggalkan komen di status Sabrina Syed berkata, bacaan pergolakan cuaca bagi tahun 2022 dilihat akan membawa banjir besar seperti tragedi pada Disember 2021 dan Februari 2022.

"Apa boleh buat, masing-masing nak berlawan sendiri dengan angin ribut kuat dan hujan lebat tahun ni tanpa pedulikan kepentingan hutan dan gunung hijau sebagai perisai utama.

"Memang letih melayan 'bebal' padahal hutan dan gunung tu sebaik-baik rezeki dah yang diberikan-Nya. Hati-hati semua...," katanya.

Bila nafi, kebanyakan rakyat percaya. Kita tahu benda ini terjadi sebab kemusnahan hutan... bukit dah tak dapat tampung air yang banyak sebab tidak ada penambat dan akhirnya ia mengalir membawa bersama pokok.

SHARIFFA SABRINA SYED AKIL

Sementara itu, Shariffa Sabrina ketika dihubungi memaklumkan, kejadian yang berlaku di Tasik Kenyir pada masa ini adalah sama seperti bencana di Telemong Karak, Pahang yang disebaliknya mempunyai aktiviti pembalakan.

Beliau turut menyifatkan, bencana yang berlaku pada masa ini adalah disebabkan kemusnahan hutan yang berlaku beberapa tahun dahulu.

"Memang pembalakan dah selalu terjadi. Sungai Latek kira-kira dua tahun lepas ada laporan pembalakan... dekat kawasan kelilingnya ada pembukaan hutan.

"Masalah kerajaan ini... mereka bukan melihat dari sudut untuk selamatkan hutan tapi suka menafikan. Itu yang susah.

"Bila nafi, kebanyakan rakyat percaya. Kita tahu benda ini terjadi sebab kemusnahan hutan... bukit dah tak dapat tampung air yang banyak sebab tidak ada penambat dan akhirnya ia mengalir membawa bersama pokok," katanya.

Netizen memuat naik video kejadian tanah runtuh di Tasik Kenyir pada 27 Februari 2022.

Netizen memuat naik video kejadian tanah runtuh di Tasik Kenyir pada 27 Februari 2022.

Mengulas tentang video yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, ujar Shariffa Sabrina, kejadian yang berlaku tidak meliputi keseluruhan Tasik Kenyir tetapi kawasan yang berhampiran bukit.

Beliau turut menangkis dakwaan sesetengah netizen yang menyatakan timbunan kayu kayan di Tasik Kenyir berlaku disebabkan kepala air.

Dalam pada itu, beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) memberitahu, pihaknya sudah memberi beberapa solusi kepada kerajaan bagi mengelakkan bencana alam terus terjadi.

"Kita dah bagi solution, iaitu moratorium ke atas pembalakan dan gazetkan Banjaran Titiwangsa serta kawasan tadahan air. Itu patutnya concentrate.

"Selagi tak tukar Akta Hutan, kerajaan pusat taknak campur... masalah sebenar tak akan selesai," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain