suria

Sakit perut makan nasi kandar, gadis menggigil berdepan ‘tragedi’ mangkuk tandas pecah berkecai - “Bukan sebab saya mencangkung”

Syiera (gambar kanan) berkongsi kejadian mangkuk tandas pecah sehingga menjadi tular.

PASTI panik dan ngilu apabila mendengar tentang insiden mangkuk tandas jenis duduk pecah.

Itulah yang dihadapi seorang gadis menggeletar sewaktu berdepan dengan 'tragedi' itu yang berlaku di hadapan matanya.

Timbul tanda tanya dalam kalangan netizen menerusi video di aplikasi TikTok itu, sama ada ia berlaku berpunca daripada tindakan mencangkung ketika menggunakan tandas duduk itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peha dah macam lipan! Wanita buat ramai ngilu kongsi kisah kena 21 jahitan gara-gara mangkuk tandas pecah - "Saya tak cangkung pun"

ARTIKEL BERKAITAN: Terkurung lebih 7 jam! Baru pindah rumah, 3 beranak alami detik cemas dalam bilik air sampai tertidur... anak sulung tiba-tiba gemar pakai sweater - "Saya blur tengok suami"

Gadis berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Syiera Eyye berkata, insiden berlaku baru-baru ini di tandas di biliknya sendiri di sebuah kuarters kediaman di Ampang, Selangor.

Bagaimanapun dia yang berusia 22 tahun itu tampil menjelaskan bahawa ia pecah bukan disebabkan dia duduk bertinggung di tandas duduk yang diperbuat daripada seramik itu.

"Sebenarnya mangkuk tandas tu pecah selepas ditimpa oleh tangki air pam tandas yang tercabut dari dinding.

"Masa tu, saya baru nak basuh tangan dan kaki di paip yang terletak tepi mangkuk tandas. Tiba-tiba tangki air tu jatuh dan hempap mangkuk tandas dan pecah," katanya kepada mStar.

mangkuk tandas pecah 4

Serpihan mangkuk tandas yang pecah.

Syiera berkata, kejadian berlaku sehari selepas sinki baharu dipasang di bilik airnya bagi menggantikan yang lama, sambil menambah dia turut menyedari terdapat retakan di dinding.

"Retakan dinding tu dah berlaku dua, tiga hari sebelum sinki ditukar baru. Tapi saya lupa maklumkan kepada pihak pengurusan perumahan mengenai keadaan itu.

"Tangki tu dilekatkan dengan gam sebagai penguat. Retakan dinding mungkin membuatkan struktur tangki tersebut tak kukuh sebelum terjatuh," ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

mangkuk tandas pecah 3

Keadaan dinding dekat mangkuk tandas di bilik air Syiera.

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, kejadian berlaku begitu pantas dan dia terkejut apabila serpihan mangkuk tandas yang pecah itu nyaris menimpa kakinya.

"Saya dengar bunyi pelik, tiba-tiba tangki terus jatuh. Tangan saya menggeletar sebab hampir kena kaki saya. Tangki jatuh di sebelah kanan tandas, dan saya berada di bahagian kiri.

"Hanya saya seorang di rumah ketika kejadian, saya terus buat video call sambil menangis dengan mak yang sedang bekerja di kafe dekat rumah," tambahnya.

mangkuk tandas pecah 6

Syiera (kanan) bersama ibu.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kecantikan di Kolej Geomatika di Kuala Lumpur itu bagaimanapun bersyukur kerana terselamat tanpa sebarang kecederaan akibat kejadian itu.

"Kalau tengok depan mata, memang mengerikan. Selalu terbaca kisah mangkuk tandas pecah sampai ada yang cedera, punggung koyak.

Saya nasihatkan sentiasa berwaspada dan ingat bahawa mangkuk tandas duduk tak dapat menampung beban atau impak yang sangat kuat, apatah lagi mencangkuk atasnya

SYIERA

"Tapi ingin saya perjelaskan bahawa mangkuk tandas tu pecah kerana ditimpa oleh tangki air pam tandas, dan bukan sebab saya mencangkung atas mangkuk tandas. Saya tak pernah mencangkung ketika menggunakannya," tegasnya sambil menambah mangkuk tandas baharu dipasang di bilik air keesokan hari.

Walau bagaimanapun kata Syiera, sebelum kejadian pada tengah hari itu, dia terlebih dahulu berasa perutnya memulas seperti hendak buang air besar.

mangkuk tandas pecah 5

Mangkuk tandas diganti baharu sehari selepas kejadian.

"Masa sakit perut tu saya di kafe dekat rumah tolong mak. Sakit perut makan nasi kandar agaknya pagi tu. Dan biasanya saya akan balik ke rumah kalau nak guna tandas.

"Sampai di rumah, saya singgah bagi makan kat kucing. Selepas tu saya ke bilik air untuk basuh tangan dan kaki, sebelum kejadian berlaku.

"Bila mangkuk tandas tu dah pecah depan mata, bukan saja tangan terketar-ketar... saya terus tak jadi nak buang air. Tak dapat bayangkan kejadian berlaku ketika saya buang air, kalau tangki tak jatuh kat mangkuk tandas, mungkin kena badan atau kaki saya.

"Syukur Alhamdulillah saya tak cedera, cuma terkejut. Bahaya kejadian seperti ini, saya nasihatkan semua supaya sentiasa berwaspada dan ingat bahawa mangkuk tandas duduk tak dapat menampung beban atau impak yang sangat kuat, apatah lagi mencangkung atasnya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain