suria

Bergambar dengan lelaki pelik di gig, wanita ini tak sangka itulah jodohnya... kini dua-dua berubah habis! - “Kami kahwin duit hasil jual nasi lemak”

Pasangan yang berkenalan pada 2014 ini mendirikan rumah tangga pada 5 Mac lalu.

TIADA siapa pernah menyangka hubungan dua individu yang suka menghadiri gig (persembahan muzik) ini akan berakhir di jenjang pelamin.

Namun, ketentuan Allah melebihi segalanya sehingga membawa kepada penyatuan Nurul Nabila Mohamad Suriani, 23, dan suami Mohamad Farhan Hassan Nordin, 25, pada 5 Mac lalu.

Di Twitter, tular gambar pasangan itu menghadiri sebuah gig pada tahun 2015 dengan penampilan yang cukup berbeza dengan pembawakan diri mereka pada hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa jodoh di disko, isteri terkejut reaksi suami diajak berubah, tinggalkan kelab malam selepas kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dari Kelantan tak disukai keluarga sanggup 'basuh berak' bapa mertua, kini tiap minggu nak menantu balik

Malah, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa syukur dan tumpang gembira dengan perubahan pasangan itu.

Bercakap kepada mStar, wanita yang mesra disapa Bila itu mendedahkan mereka sebenarnya sudah berkenalan sejak tahun 2014 lagi.

"Saya cuma suka muzik, tapi suami lebih ke arah punk pada waktu itu. Kami berkenalan pada tahun 2014 ketika ada satu konsert besar-besaran.

"Saya tangkap gambar dengan dia sekadar suka-suka, sebab pelik tengok orang macam tu. Dengan rambutnya lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tak lama kemudian kami berjumpa dalam aplikasi WeChat. Saya mesej kata pernah bergambar, tapi masa tu dia layan tak layan saya.

Bila dan suami kini sudah meninggalkan kehidupan lampau mereka.

"Kemudian kami contact balik lepas setahun dan hadiri gig muzik di Melaka. Kami mula bercinta pada 2015," ujarnya lagi.

Menurut Bila, segala minat itu bagaimanapun memudar apabila dia dan suami perlahan-lahan berubah.

Dah lama kahwin pun masih ramai yang ucap tahniah kepada kami.

BILA

Malah, mereka berdua juga sibuk menguruskan gerai nasi lemak di Jalan Kapar, Batu 2 1/2, Klang sejak beberapa tahun lalu.

"Fasa muda-muda tu dah habis. Sekarang bukan nak kata tak minat, tapi tak melepak, tak pergi langsung dah. 100 peratus macam orang biasa.

"Kalau muzik tu, sampai sekarang kami dengar saja. Sebelum Covid-19 lagi kami dah berhenti aktiviti macam dulu. Kami banyak bincang pasal kehidupan dan masa depan.

"Keluarga saya dah 20 tahun buka gerai. Kemudian gerai itu diserahkan kepada saya. Saya ajak suami bekerja di gerai ini masa kami tengah bercinta lagi.

Bila dan suami mendirikan rumah tangga dengan wang hasil berniaga nasi lemak bersama sejak zaman bercinta lagi.

"Daripada duit hasil jual nasi lemak, kami simpan duit sama-sama sehinggalah kami mendirikan rumah tangga.

"Kami uruskan gerai bersama-sama, kahwin hasil duit jual nasi lemak," ujarnya lagi.

Selain nasi lemak, gerai itu turut menawarkan masakan panas, burger dan minuman.

Dalam pada itu, Bila mengakui terharu dengan sokongan orang ramai di Twitter terhadap perubahan mereka.

"Saya rasa terharu, sebab masa kahwin dulu hanya keluarga dan kenalan yang ucap tahniah.

"Sekarang bila viral di Twitter, ramai netizen pun ucap tahniah. Dah lama kahwin pun masih ramai yang ucap tahniah kepada kami.

"Boleh rasalah seri pengantin baharu sekali lagu. Ia bagaikan satu hadiah untuk perubahan kami.

"Saya dan suami nak ucapkan terima kasih atas doa anda semua. Moga apa yang didoakan akan berbalik kepada mereka juga," ujar Bila lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain