suria

Dr Muhaya mohon maaf... ajak tonton video ‘Antara Cinta dan Cita-Cita’, rungkai kontroversi wanita kena ‘buat-buat bodoh sikit’

Dr Muhaya membuka mulut mengenai kontroversi yang mengaitkan dirinya, baru-baru ini. Foto: Instagram Prof Dr Muhaya

PAKAR motivasi, Datuk Profesor Dr Muhaya Muhamad akhirnya tampil membuka mulut susulan kenyataan 'buat-buat bodoh sikit' yang dikeluarkan ketika mengulas topik wanita lambat bertemu jodoh, sebagaimana klip yang tular baru-baru ini.

Ia menyusul selepas beliau menerima kritikan hebat bukan sahaja daripada netizen, malah beberapa individu terkenal termasuk pakar bedah Malaysia yang berpangkalan di London, Dr Amalina Che Bakri dan pakar penyakit berjangkit, Prof Dr Adeeba Kamarulzaman.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial, Dr Muhaya berkata klip pendek tersebut disunting daripada sesi siaran langsung di Facebook Prof Muhaya dan YouTube Prof Muhaya TV ketika mengupas topik 'Antara Cinta dan Cita-Cita' yang secara keseluruhannya berdurasi 45 minit dan disiarkan pada 6 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Prof Muhaya bikin ramai 'naik angin', sampaikan golongan profesional bersuara... tak boleh terima kenyataan wanita kena jadi ‘bodoh-bodoh sikit’ - “Saya hilang kata-kata”

ARTIKEL BERKAITAN: “Fikiran orang zaman sekarang bukan macam dulu” - Soo Wincci tak mahu ‘bodoh-bodoh sikit’ demi jodoh, tak kisah lambat kahwin

"Siaran live Bonda tersebut sebenarnya bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari FB, berkaitan wanita yang dalam dilema, antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga.

"Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.



Paparan skrin video yang tular sejak Rabu.

"Sebenarnya buat yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung di pautan YouTube Prof Muhaya TV bertajuk Cinta & Cita-Cita.

"Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah," tulisnya.

Pada masa sama, Dr Muhaya yang juga pakar mata tampil membuat permohonan maaf di atas kenyataan kontroversi tersebut kerana ia telah mengundang salah faham ramai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda. Bonda sayang semua tanpa syarat," tulisnya lagi.

Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat.

DATUK PROF DR MUHAYA MUHAMAD

PAKAR MOTIVASI

Sejak Rabu, klip berdurasi 56 saat yang memaparkan Dr Muhaya mengupas topik mengenai wanita lambat bertemu jodoh, mengundang kemarahan ramai yang nyata tidak bersetuju dengan spandangan beliau.



Paparan skrin tweet oleh Prof Dr Adeeba Kamarulzaman.

"Siapa tinggi testosterone asyik nak drive, nak achieve, nak independent, haa memanglah. Orang laki-laki suka perempuan lembut-lembut high estrogen, mengharapkan perlu ditolong biarlah macam bodoh-bodoh sikit, kan boleh lah. Pada siapa yang lambat jodoh tengok karakter anda bagaimana," demikian antara petikan dalam klip tersebut.

Untuk rekod, Dr Muhaya memiliki lebih 570, 000 pengikut di Instagram.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain